Salam Ukhwah... Mahabbah Fillah
Emm tak tahu la 2, 3 minggu nie pening memanjang, macam hal dah jadi hehehe, alahai mana nak cari tempat praktikal lagi assignment nye lagi, test lagi...lepas satu, satu lagi datang hahaha kehidupan namanya, kalau tak takde hidup la jawabnya.
Minggu nie ada election kat sini, tula suasana tak best je. Malas nak fikirkan, pejam celik nak final exam dah. Hai bedebar je rasa di hati nie....next week dah masuk Ramadhan mudah-mudahan berkat bulan rahmat nie segala urusan di permudahkan Biasa la dugaan bulan Ramadhan kebiasaanya hebat-hebat.Harap sabar jelah, InsyaAllah.
Minggu nie test lagi, nak siapkan assignmet dulu bagi habis settle semuanya dah tinggal untuk final exam je, setakat nie alhamdulliah la semua test berjalan lancar walaupun ada juga yang rongak...hahaha.
Emm oklah, buat susah-susah je pening kepala nie, so try la target untuk sem nie,bila lagi kan. Next year dah ke "LI".
Wasalam
Tuesday, September 27, 2005
Tuesday, September 13, 2005
Beberapa Kesilapan Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-anak (Part 2)
Salam Ukhwah... Mahabbah Fillah
Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam
mendidik anak-anak.
1. Kurang berdoa
Kurang berdoa semasa mengandung. Antara
doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 :38)
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 :40-41)
Kurang berdoa semasa membesarkan anak.
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 : 128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan,25 : 74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.
2. Banyak memberi belaian Tarhib
(menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti :
menakutkan anak-anak dengan sekolah
menakutkan dengan tempat gelap
menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur
3. Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja
tanpa mengambil kira perasaan mereka.
4. Menegur anak secara negatif
mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak
(terutama semasa marah).
membandingkan anak-anak dengan anak-anaklain atau anak orang lain.
5. Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical),
rohani (spiritual) dan minda (intelektual).
ramai yang lebih mementingkan pendidikan
minda dari pendidikan rohani
6. Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah
kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :
Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium
Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimiy sedang
berada di rumah baginda. Berkata Aqra’ : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh
orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah
melihat kepada Aqra’ kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan
dikasihi." ( Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim )
7. Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati
kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh
atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.
8. Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak
terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.
9. Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam,
makan berjemaah,beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam,
lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.
10.Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak.
Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.
11.Kurang mendedahkan anak-anak dengan
model yang cemerlang seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan
berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah,
kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.
12. Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan
dan membenci salah seorang dari ibubapanya.
13. Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita,
baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini
akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.
14. Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun
video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting ke rana kebanyakan
rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti
pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak
dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.
15. Terlalu bergantung kepada pembantu rumah
untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal
di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu
kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan
didikan Islam.
Wallahu a’lam.
Tuesday, September 06, 2005
Beberapa Kesilapan Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-anak (Part 1)
Salam Ukhwah... Mahabbah Fillah
Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t.
dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hambaNYA. Firman ALLAH
s.w.t. :
" Harta benda dan anak-anak kamu
hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar."
( Al-Quran Surah At-Taghabun, 64 : 15 )
Sebagai ujian, ianya akan
dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi
anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah
bersabda :
"Tahukah engkau siapakah orang yang
mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak
mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah
orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan
kepadanya sesudah ia meninggal dunia." ( Maksud Al-Hadith )
Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam
mendidik anak-anak.
Bersambung...
Sunday, September 04, 2005
Rehlah at PD...
Salam Ukhwah... Mahabbah Fillah
Alhamdulilah program kali ini berjalan dengan lancar
tujuan rehlah tersebut adalah untuk meraikan para urusetia
dan fasilitator atas kejayaan mengendalikan Minggu Induksi Julai 05.
Segala lelah dan usaha yang telah diberikan kami hargai bersama.
Perjalanan bermula pada tepat jam 7.30 pagi bertolak dari Cafeteria
dengan menaiki bas, seramai 45 orang urusetia dan fasilitator yang
turut serta ke port dickson. Destinasi kami adalah pantai Teluk Kemang.
Perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih, dari Tabuh Naning
Alor Gajah.
Semasa dalam perjalanan cukup meriah dengan gelak tawa teman-teman.
Sampai ke tempat tujuan jam 8.45, mula survey tempat untuk bersantai.
Selesai cari tapak, bermula sesi bebas sebelum di teruskan dengan aktiviti
yg di rancang di awal lagi.
Keseronokan jelas terpancar di setiap wajah mereka yg hadir hehehe suka
saya melihat nya, begitulah suasana santai di sana penuh dengan keriangan
Kepuasan terasa bila melihat mereka seronok dan terhibur dgn telatah masing
masing.. Alhamdulilah
Saturday, September 03, 2005
Sekian lama....
Salam Ukhwah... Mahabbah Fillah
Alhamdulilah, Setelah sekian lama menunggu barulah dapat
slip penuh result exam yang lepas, emm alhamdulilah ada
peningkatan yang baik. Lama juga nak dapat result nie dah
2 bulan masuk sem baru, barulah dapat. Biasalah alasan
masalah teknikal. Semester lepas pun situasi yang sama
berlaku.
Kesabaran itu paling penting, sabar je lah yang dapat.
Walau apa pun semester nie perlu buat yang lebih baik,
emm yelah sem nie subject pun boleh tahan la juga payah
kalau tak betul-betul saja je lah menempah bahaya.
Rejab dah sampai ke penghujung, masuklah bulan Syaaban
terus ke Ramadhan, bulan yang paling di tunggu sekelian
umat islam khususnya di Malaysia. Harapan Ramadhan kali
nie lebih baik dari tahun tahun yang sudah InsyaAllah.
Thursday, September 01, 2005
Mati itu pasti..
Salam Ukhwah... Mahabbah Fillah
Emm hari nie agak mengejutkan juga bagi saya, salah seorang
sahabat saya telah pun meningal dunia akibat kemalangan jalan
raya, walaupun dia berlainan bangsa dan agama, terasa juga
kehilangan beliau.
Bila fikirkan kembali betapa bersediakah kita nie dalam
menghadapi mati yang pasti...
"Katakanlah bahawasanya maut yang kamu sekalian ingin lari
darinya itu pasti akan menemui kamu, kemudian kamu sekalian akan
dikembalikan kepada Zat yang Maha Mengetahui segala yang ghaib serta
yang nyata, kelak Dia akan memberitahu kamu segala yang apa telah
kamu lakukan."
( Al-Jumua’ah : 8 )
Subscribe to:
Posts (Atom)