Tuesday, September 13, 2005
Beberapa Kesilapan Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-anak (Part 2)
Salam Ukhwah... Mahabbah Fillah
Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam
mendidik anak-anak.
1. Kurang berdoa
Kurang berdoa semasa mengandung. Antara
doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 :38)
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 :40-41)
Kurang berdoa semasa membesarkan anak.
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 : 128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan,25 : 74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.
2. Banyak memberi belaian Tarhib
(menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti :
menakutkan anak-anak dengan sekolah
menakutkan dengan tempat gelap
menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur
3. Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja
tanpa mengambil kira perasaan mereka.
4. Menegur anak secara negatif
mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak
(terutama semasa marah).
membandingkan anak-anak dengan anak-anaklain atau anak orang lain.
5. Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical),
rohani (spiritual) dan minda (intelektual).
ramai yang lebih mementingkan pendidikan
minda dari pendidikan rohani
6. Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah
kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :
Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium
Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimiy sedang
berada di rumah baginda. Berkata Aqra’ : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh
orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah
melihat kepada Aqra’ kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan
dikasihi." ( Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim )
7. Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati
kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh
atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.
8. Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak
terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.
9. Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam,
makan berjemaah,beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam,
lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.
10.Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak.
Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.
11.Kurang mendedahkan anak-anak dengan
model yang cemerlang seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan
berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah,
kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.
12. Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan
dan membenci salah seorang dari ibubapanya.
13. Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita,
baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini
akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.
14. Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun
video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting ke rana kebanyakan
rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti
pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak
dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.
15. Terlalu bergantung kepada pembantu rumah
untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal
di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu
kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan
didikan Islam.
Wallahu a’lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment