Apa yang aku perlukan adalah kekuatan hati. Hati merupakan asa yang penting dan tersembunyi dalam diri setiap insan. Ia memainkan peranan yang sangat bermakna dalam kehidupan seharian. Rasulullah s.a.w menyatakan soala hati seperti berikut
Adakah tidak kamu tahu di dalam badan manusia terdapat segumpal darah. Apabila baik maka baiklah keseluruhan segala perbuatanya dan apabila buruk maka buruklah keseluruhan tingkah lakunya. Adakah tidak kamu tahu ia itulah hati. (Riwayat Bukhari)Berdasarkan hadis di atas bahawa kebaikan manusia atau keburukannya datang dari hati, kerana hati adalah pengarah bagi pancaindera yang lahir. Jika hatinya baik maka baiklah segala perbuatannya serta rasa senang setiap taulan mendekatinya dalam pergaulan.
Andai hatinya buruk dan busuk, maka segala perbuatanya akan jahat dan keji, sentiasa cenderung kea rah maksiat mengikut kehendak hati dan hawa nafsu, dan pemikiranya ketika itu pula akan kalah dan sentiasa di ketepikan. Oleh itu, hati adalah raja bagi seluruh anggota, manakala anggota-anggotanya yang lain adalah tentera. Anggota-anggota ini sering melakukan sesuatu mengikut kehendak hati.Allah SWT sentiasa mengingatkan kepada hambanya melalui firman-Nya dalam al-Quran, surah al-syura, ayat 88-89 :
88. "Hari Yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun, 89. "Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang Yang datang mengadap Allah Dengan hati Yang Selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik);Ya Allah kau berilah aku kekuatan hati ini, kau tetapkan pendirian aku ini. Kau perelokkan lah isi hati ku ini dengan lebih mengenali mu Ya Allah, memahami segala ilmu Agama mu Ya Allah dengan hikmah keagaungan ilmu itu sendiri. Ampunkanlah dosa-dosa ku yang lalu yang Ya Allah. Atas kesempatan masa yang sedikit ini aku bersyukur atas nikmat mu itu Ya Allah, sesungguhnya kaulah yang selalu memperkenankan pinta hamba mu ini. Amin
Wasalam.
0 comments:
Post a Comment