Tuesday, November 08, 2005

Hadith: Cinta

Hadith : Cinta Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda : Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman : Seseorang yang mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada selain keduanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka. [Bukhari & Muslim] Diriwayatkan daripada Nu'man bin Basyir r.a katanya : Rasulullah s.a.w bersabda: Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal berkasih sayang dan saling cinta-mencintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggotanya mengadu kesakitan, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasa sakit. [Bukhari & Muslim] Dari Anas ra, katanya Nabi saw bersabda : "Tidak (sempurna) iman seseorang kamu sebelum ia lebih mencintai aku daripada mencintai ibu-bapanya, anaknya dan manusia umumnya." [Bukhari]

Sunday, November 06, 2005

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum wbt. Salam Aidilfitri, alhamdulilah syukur sambutan raya tahun nie macam biasa adik beradik semua berkumpul bersama, pagi raya selepas sembahyang raya semua berkumpul kat rumah atuk pakcik-makcik mana yang dah balik semua bertandang la kat rumah, rumah atuk pun sebelah rumah je takde la nak tekejar nak balik mana, selesai je takbir raya, sembahyang dan khutubah semua nye bergerak la kerumah adik beradik dah kebetulan rumah semuanya dekat-dekat jadi menjelang tengahari selesai semuanya. Selesai je duduk bersantai kat atuk sambil menunggu adik beradik ayah yang masih belum sampai lagi Uteh, Uda, Pak Anjang semua nya sampai petang, sambil tu Kak long pun samapi petang pagi tu dia beraya di rumah mertua dia kat JB, pagi raya yang ada cuma Mak, Abah, Makcik dan adik je. Raya pertama cuma pergi sedara mara yang dekat-dekat je banyak kat rumah lagipun Abah yang sulung jadi adik beradik ramai yang datang dan rumah atuk sebelah je, so rumah nie jadi tempat berkumpul adik beradik. Cuma raya tahun nie pakcik-makcik cuti tak lama raya kedua semua dah balik tinggal pakcik yang kat kedah je cuti dia panjang, Pak lang dengan Mak lang pindah Shah Alam, pak lang kena transfer kerja di sana tu yg awal balik. Rumah atuk tak putus-putus tetamu datang biasalah orang ramai anak, mana yang anak sedara serta adik beradik yang lain lagi. Time tu la ada jumpa sedara yang jarang jumpa, maklumlah semuanya jauh-jauh duduk nya. Sambil - sambil tu banyak juga keje nak di siapkan takde lah nak berjalan sangat, raya raya juga tapi banyak lagi kerja-kerja tak selasai dengan final exam pun dah hampir. Malam last sebelumnak balik baru lah keluar berjalan, itupun dah terlanjur kawan-kawan datang kerumah so berjalan sekalidapat la 2-3 buah rumah hehehe...pagi tadi singgah kejap rumah member sorang nie dia buat "open house" cakap tak dapat singgah lama nak balik terus ke Kampus, sampai pun dia tengah masak lagi tolong-tolong la kejap apa yang patut heheh lebih kurang jam 12.00 siap-siap nak balik cuaca pun nampak mendung je, yelah akhir nya sampai juga dengan selamat. Sampai bilik biasalah bila dah tinggal kan seminggu fuhh penuh lah dengan sawang nye...kemas mana yang patut tengok email jap, solat zohor terus boom syahid atas katil. Letih la tu bangun pun dah nak asar nasib baik ada yang call alamat lajak la tu.. Malam nie tengok - tengok nota sikit, siapkan report mana yang tak siap lagi...settel kan surat untuk praktikal, lepas tu nak merayau cari kuih raya bilik ke bilik hehehe ..maklum lah ziarah kata raya kan heheh...oklah...kena stop kat sini...wasalam

Friday, October 21, 2005

Duit raya dapat lagi ke????

Salam Ukhwah... Mahabbah Fillah Emm diam tak diam dah masuk 18 Ramadhan, rasa cepat betul masa berlalu tahun nie. Tak lama lagi masuk pulak bulan Syawal. Selamat Hari Raya, tak kemana pun naik raya je dah nak final exam. Ha duit nie aku bagi kat sapa-sapa yg nak duit raya lepas nie tak payah la nak minta duit raya lagi. Tahun nie dapat duit raya lagi ke tak?? emm ada rezeki ada la kot, 2 thn lepas kena hulur duit raya katanya dah keje, la nie dah study balik dapat la hehehe. Boleh la buat tambah duit kocek time praktikal nanti. Sebut pasal praktikal em jenuh juga la menunggu, belum ada rezeki lagi rata-rata semua reject alasan economy kurang memberangsangkan. Harap-harap lepas raya nie adalah berita baik pasal tempat untuk praktikal. Emm duit raya yg kat gambar tu katanya bakal mengantikan duit RM 50 yg lama, yeke dapat dari sumber-sumber yg boleh dipercayai..hehehe. Salam ramadhan selamat berpuasa buat semua teman-teman serta sahabat handai yang masih lagi mengenali insan ini.

Sunday, October 16, 2005

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim

Salam Ukhwah... Mahabbah Fillah Alhamdulilah minggu nie segala program berjalan dengan lancar walaupun terdapat sedikit ketidak sempurna majlis, biasalah perkara yang tidak di jangka kan. So far baguslah objektif bersama-sama anak yatim tercapai. Setiap sumbangan derma telah di sampaikan kepada anak-anak yatim dan juga kepada pengurusan rumah anak yatim Sultan Abd Aziz shah. Macam-macam telatah dari anak-anak yatim,em best bila diorang semua buat persembahan ( gambar tak sempat edit lagi)

Tuesday, October 11, 2005

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Salam Ukhwah... Mahabbah Fillah Alhamdullilah, ramadhan datang lagi, puasa di perantauan sekali lagi. Biasalah hidup sebagai student mana lagi. Time nie la nikmat berbuka dengan kawan-kawan hehehe membeli-belah di pasar ramadhan biasa mana lagi kalau tak berbudak nie keluar ke Alor Gajah. Biasalah rindu kat ngan family nak berbuka sekali penghujung puasa sebelum raya dapat la bersama keluarga. Tahun nie takde apa yang bertambah semuanya sekadar yang mampu, kena ikut bajet sendiri tahun nie cukup pakai je la. Tahun nie letih buat banner yela permintaan menggalakan heheh dah lama tak buat rasa kekok nasib baik banyak pembantu heheh, ha nie la pembantu yang cukup setia dalam bab warna nie. Yang baju merah tu la ketua pembantu. Yg kecik tu tukang tengok je (ha,jangan marah). Dah siap 3 banner tinggal 1 je lagi. Hari minggu nie majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim yelah dalam kita bergembira pasti ada yg terluka so jangan la lupakan mereka nie, sama-sama la kita meraikan mereka. Salam Ramadhan selamat berpuasa semoga kehadiran ramadhan kali ini akan lebih baik dari tahun yang sudah dari segi amalan kita InsyaAllah.

Tuesday, September 27, 2005

Emmm pening?????

Salam Ukhwah... Mahabbah Fillah Emm tak tahu la 2, 3 minggu nie pening memanjang, macam hal dah jadi hehehe, alahai mana nak cari tempat praktikal lagi assignment nye lagi, test lagi...lepas satu, satu lagi datang hahaha kehidupan namanya, kalau tak takde hidup la jawabnya. Minggu nie ada election kat sini, tula suasana tak best je. Malas nak fikirkan, pejam celik nak final exam dah. Hai bedebar je rasa di hati nie....next week dah masuk Ramadhan mudah-mudahan berkat bulan rahmat nie segala urusan di permudahkan Biasa la dugaan bulan Ramadhan kebiasaanya hebat-hebat.Harap sabar jelah, InsyaAllah. Minggu nie test lagi, nak siapkan assignmet dulu bagi habis settle semuanya dah tinggal untuk final exam je, setakat nie alhamdulliah la semua test berjalan lancar walaupun ada juga yang rongak...hahaha. Emm oklah, buat susah-susah je pening kepala nie, so try la target untuk sem nie,bila lagi kan. Next year dah ke "LI". Wasalam

Tuesday, September 13, 2005

Beberapa Kesilapan Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-anak (Part 2)

Salam Ukhwah... Mahabbah Fillah Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak. 1. Kurang berdoa Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah * Saidul (penghulu) Istighfar * Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9) * Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 :38) * Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 :40-41) Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah * Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 : 128) * Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan,25 : 74) * Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya. 2. Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti : menakutkan anak-anak dengan sekolah menakutkan dengan tempat gelap menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur 3. Tidak tegas dalam mendidik anak-anak tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka. 4. Menegur anak secara negatif mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). membandingkan anak-anak dengan anak-anaklain atau anak orang lain. 5. Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani 6. Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’ : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi." ( Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim ) 7. Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak. 8. Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh. 9. Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah,beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi. 10.Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah. 11.Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam. 12. Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya. 13. Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar. 14. Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting ke rana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak. 15. Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam. Wallahu a’lam.

Tuesday, September 06, 2005

Beberapa Kesilapan Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-anak (Part 1)

Salam Ukhwah... Mahabbah Fillah Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hambaNYA. Firman ALLAH s.w.t. : " Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar." ( Al-Quran Surah At-Taghabun, 64 : 15 ) Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia." ( Maksud Al-Hadith ) Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak. Bersambung...

Sunday, September 04, 2005

Rehlah at PD...

Salam Ukhwah... Mahabbah Fillah Alhamdulilah program kali ini berjalan dengan lancar tujuan rehlah tersebut adalah untuk meraikan para urusetia dan fasilitator atas kejayaan mengendalikan Minggu Induksi Julai 05. Segala lelah dan usaha yang telah diberikan kami hargai bersama. Perjalanan bermula pada tepat jam 7.30 pagi bertolak dari Cafeteria dengan menaiki bas, seramai 45 orang urusetia dan fasilitator yang turut serta ke port dickson. Destinasi kami adalah pantai Teluk Kemang. Perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih, dari Tabuh Naning Alor Gajah. Semasa dalam perjalanan cukup meriah dengan gelak tawa teman-teman. Sampai ke tempat tujuan jam 8.45, mula survey tempat untuk bersantai. Selesai cari tapak, bermula sesi bebas sebelum di teruskan dengan aktiviti yg di rancang di awal lagi. Keseronokan jelas terpancar di setiap wajah mereka yg hadir hehehe suka saya melihat nya, begitulah suasana santai di sana penuh dengan keriangan Kepuasan terasa bila melihat mereka seronok dan terhibur dgn telatah masing masing.. Alhamdulilah

Saturday, September 03, 2005

Sekian lama....

Salam Ukhwah... Mahabbah Fillah Alhamdulilah, Setelah sekian lama menunggu barulah dapat slip penuh result exam yang lepas, emm alhamdulilah ada peningkatan yang baik. Lama juga nak dapat result nie dah 2 bulan masuk sem baru, barulah dapat. Biasalah alasan masalah teknikal. Semester lepas pun situasi yang sama berlaku. Kesabaran itu paling penting, sabar je lah yang dapat. Walau apa pun semester nie perlu buat yang lebih baik, emm yelah sem nie subject pun boleh tahan la juga payah kalau tak betul-betul saja je lah menempah bahaya. Rejab dah sampai ke penghujung, masuklah bulan Syaaban terus ke Ramadhan, bulan yang paling di tunggu sekelian umat islam khususnya di Malaysia. Harapan Ramadhan kali nie lebih baik dari tahun tahun yang sudah InsyaAllah.

Thursday, September 01, 2005

Mati itu pasti..

Salam Ukhwah... Mahabbah Fillah Emm hari nie agak mengejutkan juga bagi saya, salah seorang sahabat saya telah pun meningal dunia akibat kemalangan jalan raya, walaupun dia berlainan bangsa dan agama, terasa juga kehilangan beliau. Bila fikirkan kembali betapa bersediakah kita nie dalam menghadapi mati yang pasti... "Katakanlah bahawasanya maut yang kamu sekalian ingin lari darinya itu pasti akan menemui kamu, kemudian kamu sekalian akan dikembalikan kepada Zat yang Maha Mengetahui segala yang ghaib serta yang nyata, kelak Dia akan memberitahu kamu segala yang apa telah kamu lakukan." ( Al-Jumua’ah : 8 )

Wednesday, August 31, 2005

Merdeka Day

Salam Ukhwah... Mahabbah Fillah Emm hari nie Merdeka Day for mMalaysia yg ke-48 sambut kat bilik je la nampaknya, tahun lepas pun macam nie aje, hehehe apa nak buat nasib badan pagi tadi sunyi sepi je hostel, semuanya di layan mimpi.... Bebudak ramai juga yg balik, classmate aku lagila mentangla kelas takde hampeh.....lapor la pulak emm jom gie makan.

Wednesday, June 01, 2005

Last but not least

Alhamdulilah segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam atas nikmat kurnia Nya masih lagi dapat aku merasa nikmat hidup ini. Sepanjang minggu exam macam - macam berlaku, esok my last paper E-Commerce...hehehe fight to get A for this subject. Masih lagi Menunggu hasil, member-meber course Networking dah habis paper yang tinggal budak-budak Multimedia je nie...alamat malam nie ada yang membuat onar...(jawa la hehehe jgn marah) maklumlah paper dah habis. To my fren good luck for tomorrow paper wish you all the best, remember next semester we have to fight again...hehehe Untuk member yang nak balik bercuti tu hati-hati lah kalau yang memandu tu drive elok-elok ingat orang yang tersayang. InsyaAllah jumpa lagi semester Hadapan.

Thursday, May 26, 2005

Harapan Tidak Buta

Alarm Me ~"Harapan Tidak Buta" Berjalan di jalan yang terang Agar tiada jatuh dan tersungkur di persimpangan Berhati bila di jalanan Bimbang datang ujian Menduga keimanan Sudah menjadi suratan Setiap sesuatu bersifat sementara Jerih perit di dunia Terungkai dek pawana Hembusan ketaqwaan Pilu melihat mereka Dihimpit kemiskinan Yang serba kekurangan Berkat walau sedikit Terukir keredhaan Di wajah ketenangan Masih ada harapan Ubah nasib kehidupan Bekalan ilmu yang berguna Berjalan di jalan yang terang Agar tiada jatuh dan tersungkur di persimpangan Berhati bila di jalanan Bimbang datang ujian Menduga keimanan Berusaha hindar keculasan Waspada kefakiran Jerumuskan kekufuran Maruah dibela dijaga Tidak meminta-minta Hanya Tuhan segala Mereka fakir di dunia Namun berilmu dan beramal mulia.. Senilagu: Syah Senikata: Nordin Hj Jaafar/Syah Vokal: Deen Vokal bantuan: Kumpulan Mirwana

Monday, May 23, 2005

Finaly Exam

Emm tomorrow i start my 1st paper, project management maa...emm janji A ye ye kata lecture yang mengajar hehehe...InsyaAllah lah...base on presentation boleh kot hehehe..Emm minggu nie 4 paper semuanya subject membaca, habis pecah kepala memikirkan apa nak di jawab nanti. Next week 4 paper lagi fuh letih yang nie lagi tough la...takpe dah usha apa nak takut betul tak. Semalaman tak dapat nak lelap mata asyik terfikir kan hal nie la...emm dah tua-tua nie pun nak ambil exam lagi tulah mengatal nak study dah elok keje behenti hehehe....(mengata diri sendiri). At the end berjaya juga..ambil nie sebagai cabaran la...fuh cuba bagi semangat kat diri sendiri...dalam nada tegas. My frenz semua sekarang nie dok study kita nie mengadap pc lagi...hehe confius la, so apa lagi dik oii, tutup pc baring atas katil tidur awal..esok paper jam 9.00 am wish me luck. Always make my family proud with me. InsyaAllah.

Friday, May 13, 2005

Final Exam

Em diam tak diam dah nak habis semester 4 pun, 2 minggu lagi dah final exam harap-harap semuanya berjalan dengan lancar, insyaAllah. Dalam kesebukan nak prepare untuk final macam-macam hal timbul, masalah penempatan di asrama, semua berlumba nak cari rumah sewa. Lepas tu ura-ura nak naikan kadarsewa asrama RM 120. Macam-macam perkara yang timbul, begitulah lumrah nya bila kembali menjadi student. Teringat pulak rakan-rakan sekerja waktu nak cari rumah sewa, habis satu JB pusing nak cari rumah, akhir nya dapat kat Taman U....letih la juga proses tawar menawar. Nasib baik tuan rumah jenis tak berkira sangat. Berbalik pada final exam yang makin hampir nie, emm semester nie boleh tahan juga mencabar...dugaan orang kata, tapi takpelah doa-doa dapat grade yang bagus kali nie. Usaha + Doa + Tawakal = tunggu hasil nya InsyaAllah.

Monday, April 25, 2005

Belaian Ibu

HIJJAZ ~ DAMAI Belaian Ibu Tertanam naluri keibuan amat mendalam Di jiwa insan yg mendambakan kebahagiaan Oh ibu di bahumu tergalas beban Perjalananmu penuh rintangan Kau titipkjan kasih sayang sejujur pengorbanan tak ku nafikan Di saat kita berjauhan Rasa ingin ku berlari Mendakapimu penuh girang Bak si kecil kehilngan Kau insan penyayang betapa ku merindu lembutnya belaian ibu membuatku terlena ku pastikan dikau aman dikurnia sejahtera tak ku lupakan Di wajahmu berolak tenang Debar di dada kau rahsiakan kupastikan dikau aman Dikurnia sejahtera tak ku lupakan Di saat kita berjauhan Rasa ingin ku berlari Mendakapimu penuh girang Bak si kecil kehilangan Tiada aku tanpa ibu hanya kau satu di dunia bertakhta dikau di jiwaku kaulah ibu yang tercinta kau insan pengasih betapa ku mengharap hadirnya restumu ibu membawaku ke syurga Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu oh ibu....

Berdoalah...

Berdoalah untuk meletakan kepasrahan kamu terhadap Allah SWT dalam menjalani liku-liku hidup yang sentiasa tidak sama antara seorang manusia dengan manusia yang lain. Usaha yang tidak disertai doa menunjukan keangkuhan terhadap Perancang dan Pencipta Kepada Segala-galanya ini serta tidik memiliki sifat tawakkal yang amat dituntut itu. Berdoalah dengan suara yang lembut dan merintih. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud; "Hai manusia kasihanilah diri kamu kerana sesungguhnya kamu tidak berdoa kepada Tuhan yang tuli dan tidak pula yang ghaib. Sesungguhnya kamu berdoa kapada Tuhan yang Maha Mendengar, Maha Dekat dan Dia ada berserta kamu" - Riwayat Muslim

Tuesday, October 19, 2004

Salam Ramadhan

'SELAMAT DATANG RAMADHAN AL-MUBARAK' Persediaan kita menyambut Ramadhan AlMubarak 1425Hijrah. Sejarah Ramadhan 1) Ramadhan: ertinya panas terik 2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana) 3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan. 4) Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala. 5) Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000 bulan. 6) Di pilih untuk ibadat puasa. 7) Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran) Kelebihan Bulan Ramadhan 1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur) 2) Bulan penuh keberatan 3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan 4) Amal sunat sama dengan solat fardhu 5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda 6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga 7) Bulan menambah rezeki Memberi buka banyak pahala 9) Bulan keampunan - doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa. - juga doa pada sepertiga malam. 10)10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan - pengampunan, 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka. Amalan-amalan di bulan Ramadhan 1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 2) Menempah pakaian untuk Ramadhan 3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan 4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam 5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat) 6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian) 7) Solat berjemaah setiap waktu Solat jemaah di masjid/surau 9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek 10)Sahur diwaktu akhir 11)Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu 12)Mandi Janabat sebelum Imsak 13)Kurangkan tidur 14)Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh) 15)Tunaikan Solat Dhuha 16)Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor) 17)Tunaikan solat Rawatib Jaga pacaindera 19)Elakkan gosok gigi pd waktu petang 20)hadiri majlis ilmu 21)Buat baik pd ibubapa 22)Isteri hendaklah taat pd suami 23)Banyakkan bersedekah 24)Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api 25)Berbuka bersama org tua 26)Jemput tetamu berbuka 27)Kurangkan berat badan 28)Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja) 29)Baiki hubungan suami isteri 30)Baiki hubungan jiran 31)Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan 32)Elakkan berbelanja berlebihan 33)Kuatkan kesabaran 34)Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih 35)Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar) 36)Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar 37)Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu 38)Elakkan mendengar radio berunsur hiburan 39)Berdoa dgn nada lembut dan merayu 40)Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri 41)Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia 42)Melazimkan solat waktu 43)Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar 44)Elakkan banyak berhutang 45)Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang 46)Tunaikan zakat fitrah Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30) 1) Kepada Orang Tua Lemah Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di masjid/surau,ini sudah dikira beramal Al Qadar 2) Orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang - Baca ayat akhir surah Al Baqarah - Baca ayat Kursi - Baca surah Yaasin - Baca surah Al Zalazah - Baca surah Al Qafirun - Baca surah Al Ikhlas 3)Bagi orang yamg kuat dan cergas - Bangunkan isteri dan anak - Mandi - Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan baca Al Quran NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan ) - Tarikh turunnya Al Quran - Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amal2 yg baik Cara Sambut Hari Raya Jangan sekali2 disambut dgn hiburan, mercun, pesta lampu dan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan,Pada petang akhir Ramadhan org2 yg meninggal (sudah mati) menangis kerana peluang untukberehat telah berakhir. Adalah di cadangkan semoga keluarga menziarahi kubur pada petang akhir Ramadhan atau jika kuburnya jauh, hendaklah dibaca doa Tahlil selepas solat Asar. Semoga mereka diampuni.Ibnu Abbas r.a pernah mengatakan bahawa roh orang yg meninggal duni dibenarkan pulang ke rumah anak2nya dan berdiri di pintu rumah memohon belas kasihan drpd anak2 mengirimkan bacaan doa, sekurang2nya Al Fatihah sekali utk mereka Oleh itu janganlah terlalu gembira dan ingatlah org2 tua yg sudah meninggal, semoga nanti sampai giliran kita maka anak2 akan ingat kpd kita Takbir Di Malam Raya Takbir sebenarnya mempunyai cerita di sebaliknya. Mengikut riwayat, bermula dari peperangan Ahzab. Peperangan berlaku di dalam musim sejuk, kemudian Salman Al Farisi mencadangkan supaya di gali parit (Khandak) di akhirnya peperangan ini di beri pertolongan oleh Allah dan kemudian dirakamkan di dalam Takbir. Kesimpulannya Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia sebaik2 bulan, penuh keberkatan, pengajaran, mendidik mempunyai ketahanan dan penuh dgn amalan-amalan untuk mendekatkan diri kpd Allah dan hubungan sesam manusia. Oleh itu bersiap sedialah dari awal supaya ia benar2 mengubah sikap yg baik dan seterusnya menjadi insan yg soleh/solehah. Semoga dipertemukan di Ramadhan yang akan datang. *Doa utk menghilangkan baran, maklumlah waktu lapar memang lekas naik angin.... Rujuk kepada Surah Al-Anbiyakk ayat ke 69. Sebelum minum baca doa dan tiupkan pada air (utk diri sendiri,anak,suami dll). Insyaallah cuba amalkan. Wallahua'llam. .. Orang bijak adalah dia yang hari ini mengerjakan apa yang orang lain akan mengerjakannya tiga hari kemudian ..

Wednesday, October 06, 2004

Hikmah Berbakti Kepada Kedua IbuBapa

Salam Ukhwah... Mahabbah Fillah HIKMAH BERBAKTI KEPADA KEDUA IBUBAPA Selain seorang nabi, Sulaiman a.s. juga seorang raja terkenal. Atas izin Allah ia berhasil menundukkan Ratu Balqis dengan jin ifrit-Nya. Dia dikenal sebagai manusia boleh berdialog dengan segala binatang. Dikisahkan, Nabi Sulaiman sedang berkelana antara langit dan bumi hingga tiba di satu samudera yang bergelombang besar. Untuk mencegah gelombang, ia cukup memerintahkan angin agar tenang, dan tenang pula samudera itu. Kemudian Nabi Sulaiman memerintahkan jin Ifrit menyelam ke samudera itu sampai ke dasarnya. DI sana jin Ifrit melihat sebuah kubah dari permata putih yang tanpa lubang, kubah itu diangkatnya ke atas samudera dan ditunjukkannya kepada Nabi Sulaiman. Melihat kubah tanpa lubang penuh permata dari dasar laut itu Nabi Sulaiman menjadi terlalu hairan, "Kubah apakah gerangan ini?" fikirnya. Dengan minta pertolongan Allah, Nabi Sulaiman membuka tutup kubah. Betapa terkejutnya dia begitu melihat seorang pemuda tinggal di dalamnya. "Sipakah engkau ini? Kelompok jin atau manusia?" tanya Nabi Sulaiman kehairanan. "Aku adalah manusia", jawab pemuda itu perlahan. "Bagaimana engkau boleh memperolehi karomah semacam ini?" tanya Nabi Sulaiman lagi. Kemudian pemuda itu menceritakan riwayatnya sampai kemudian memperolehi karomah dari Allah boleh tinggal di dalam kubah dan berada di dasar lautan. Diceritakan, ibunya dulu sudah tua dan tidak berdaya sehingga dialah yang memapah dan menggendongnya ke mana jua dia pergi. Si anak selalu berbakti kepada orang tuanya, dan ibunya selalu mendoakan anaknya. Salah satu doanya itu, ibunya selalu mendoakan anaknya diberi rezeki dan perasaan puas diri. Semoga anaknya ditempatkan di suatu tempat yang tidak di dunia dan tidak pula di langit. "Setelah ibuku wafat aku berkeliling di atas pantai. Dalam perjalanan aku melihat sebuah terbuat dari permata. Aku mendekatinya dan terbukalah pintu kubah itu sehingga aku masuk ke dalamnya." Tutur pemuda itu kepada Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman yang dikenali boleh berjalan di antara bumi dan langit itu menjadi kagum terhadap pemuda itu. "Bagaimana engkau boleh hidup di dalam kubah di dasar lautan itu?" tanya Nabi Sulaiman ingin mengetahui lebih lanjut. "Di dalam kubah itu sendiri, aku tidak tahu di mana berada. Di langitkah atau di udara, tetapi Allah tetap memberi rezeki kepadaku ketika aku tinggal di dalam kubah." "Bagaimana Allah memberi makan kepadamu?" "Jika aku merasa lapar, Allah menciptakan pohon di dalam kubah, dan buahnya yang aku makan. Jika aku merasa haus maka keluarlah air yang teramat bersih, lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu." "Bagaimana engkau mengetahui perbedaan siang dan malam?" tanya Nabi Sulaiman a.s yang merasa semakin hairan. "Bila telah terbit fajar, maka kubah itu menjadi putih, dari situ aku mengetahui kalau hari itu sudah siang. Bila matahari terbenam kubah akan menjadi gelap dan aku mengetahui hari sudah malam." Tuturnya. Selesai menceritakan kisahnya, pemuda itu lalu berdoa kepada Allah, maka pintu kubah itu tertutup kembali, dan pemuda itu tetap tinggal di dalamnya. Itulah keromah bagi seorang pemuda yang berbakti kepada kedua orang tuanya.