Nak mula menulis balik, banyak sangat yang dah aku lalui. Banyak yang nak ditulis dalam nie.
InsyaAllah jika di izinkan, dari semasa ke semasa blog nie aka saya update dgn maklumat serta info yg dapat kita kongsikan bersama.Wasalam
Sebuah Perjalanan Kehidupan...Disini Segalanya Bermula
Nak mula menulis balik, banyak sangat yang dah aku lalui. Banyak yang nak ditulis dalam nie.
InsyaAllah jika di izinkan, dari semasa ke semasa blog nie aka saya update dgn maklumat serta info yg dapat kita kongsikan bersama.Wasalam
FIRMAN Allah s.w.t dalam surah An-Nisa’ayat 78 yang bermaksud: Di mana sahaja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun di dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh.
Marilah kita merenung kembali kepada tubuh badan kita yang kerdil dan tidak ada sesuatu kekuatan yang boleh kita banggakan, walaupun bentuk rupa kita dianggap cantik dan segak.
Oleh itu, kita mesti ingat bahawa tubuh badan kita itu adalah hakmilik Allah. Ia boleh mengambil roh atau nyawa manusia pada bila-bila masa sama ada di dalam keadaan kita lupa atau ingat.
Allah merahsiakan kematian seseorang itu tanpa memberitahu kepadanya, ibu bapanya, isterinya, anak-anaknya dan seluruh keluarganya serta sahabat-sahabat karibnya. Roh (nyawa) yang ada dalam tubuh kita, pasti akan berpisah dengan badan. Itulah yang disebut maut yang pasti akan mendekati dan menemui sesiapa sahaja.
Firman Allah yang bermaksud: Katakanlah sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu.
Pada peringkat pertama manusia lahir ke dunia ini sudah menempuh penyeksaan dan kali kedua menghadapi sakaratulmaut, keluarnya roh dari tubuh itu rasa amat berat dan ngeri serta sakit pencabutannya roh dari tubuh di saat sakaratulmaut itu digambarkan kira-kira 300 kali sakitnya dengan pukulan pedang. Sabda Rasullullah yang bermaksud: (Sakitnya sakaratulmaut itu) tiga ratus sakitnya pukulan dengan pedang.
Malaikatmaut apabila mengambil nyawa orang-orang mukmin, maka roh itu keluar dari tubuh amatlah perlahan, tetapi bagi orang-orang kafir atau munafik dan musyrik, roh itu keluar dan ditarik dengan cara yang keras dan kuat.
Disebutkan dalam satu riwayat: Jika seseorang itu hampir nazak, maka mulutnya dikunci dan empat Malaikat masuk kepadanya. Malaikat pertama ditugaskan tentang rezeki, Malaikat kedua ditugaskan tentang minuman, Malaikat ketiga ditugaskan tentang nafas dan Malaikat keempat ditugaskan tentang ajal.
Kemudian datang pula Malaikat Karamakatibin yang masuk dari arah kanan dan kiri. Malaikat di sebelah kanan ditugaskan tentang amal kebajikan dan ia mengeluarkan kertas putih dan diserahkan kepadanya.
Maka di kala itu dia gembira dan riang. Malaikat di sebelah kiri ditugaskan tentang amal kejahatan dan ia juga mengeluarkan kertas hitam dan diberikan kepadanya maka di kala itu ia merasa gelisah dan keringatnya mengalir.
Kemudian datang pula Malaikatmaut dan di sebelah kanan Malaikat Rahmat dan di sebelah kiri Malaikat Azab. Apabila roh itu sudah sampai ke kerongkong, maka Malaikat maut mencabutnya. Jika ia orang yang bahagia, maka Malaikat Rahmat memanggilnya. Dan jika ia termasuk orang-orang yang celaka, maka ia dipanggil oleh Malaikat Azab.
Maut itu akan tiba, ia tidak memilih sama ada orang kaya atau miskin, pemimpin besar atau kecil, jaguh-jaguh dunia atau golongan terhormat, alim ulama, munafik, kafir, petani-petani, nelayan-nelayan, peladang, buruh dan sebagainya.
Sebelum maut menemui kita perlulah kita bersedia sebagaimana kata sesetengah ulama, “Sesiapa yang membanyakkan menyebut mati akan dimuliakan dengan tiga perkara:
1. Segera ia mengerjakan taubat.
2. Memudah hatinya dengan sesuatu yang ada padanya.
3. Rajin ia mengerjakan ibadat
Kemudian sesiapa yang lupa akan mati disiksa dengan tiga perkara:
1. Lupa akan taubat.
2. Tiada redha dengan sesuatu yang ada padanya.
3. Malas mengerjakan ibadat.
Menyebut atau mengingati mati setiap masa bukan bererti menghalang kemajuan atau melemahkan semangat berjihad, malahan menambahkan kekuatan kepada Allah s.w.t.
Wasalam.
Apa yang aku perlukan adalah kekuatan hati. Hati merupakan asa yang penting dan tersembunyi dalam diri setiap insan. Ia memainkan peranan yang sangat bermakna dalam kehidupan seharian. Rasulullah s.a.w menyatakan soala hati seperti berikut
Adakah tidak kamu tahu di dalam badan manusia terdapat segumpal darah. Apabila baik maka baiklah keseluruhan segala perbuatanya dan apabila buruk maka buruklah keseluruhan tingkah lakunya. Adakah tidak kamu tahu ia itulah hati. (Riwayat Bukhari)Berdasarkan hadis di atas bahawa kebaikan manusia atau keburukannya datang dari hati, kerana hati adalah pengarah bagi pancaindera yang lahir. Jika hatinya baik maka baiklah segala perbuatannya serta rasa senang setiap taulan mendekatinya dalam pergaulan.
Andai hatinya buruk dan busuk, maka segala perbuatanya akan jahat dan keji, sentiasa cenderung kea rah maksiat mengikut kehendak hati dan hawa nafsu, dan pemikiranya ketika itu pula akan kalah dan sentiasa di ketepikan. Oleh itu, hati adalah raja bagi seluruh anggota, manakala anggota-anggotanya yang lain adalah tentera. Anggota-anggota ini sering melakukan sesuatu mengikut kehendak hati.Allah SWT sentiasa mengingatkan kepada hambanya melalui firman-Nya dalam al-Quran, surah al-syura, ayat 88-89 :
88. "Hari Yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun, 89. "Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang Yang datang mengadap Allah Dengan hati Yang Selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik);Ya Allah kau berilah aku kekuatan hati ini, kau tetapkan pendirian aku ini. Kau perelokkan lah isi hati ku ini dengan lebih mengenali mu Ya Allah, memahami segala ilmu Agama mu Ya Allah dengan hikmah keagaungan ilmu itu sendiri. Ampunkanlah dosa-dosa ku yang lalu yang Ya Allah. Atas kesempatan masa yang sedikit ini aku bersyukur atas nikmat mu itu Ya Allah, sesungguhnya kaulah yang selalu memperkenankan pinta hamba mu ini. Amin
Wasalam.
Di Ambang Pertemuan
Sebaik-baik pergaulan di kalangan umat Islam ialah bertemu saudaranya, dia menunjukkan tingkahlaku dengan perwatakan yang baik, manis muka serta menerima dengan penuh rasa gembira yang tidak terhingga.
Reaksi seperti ini amat disukai oleh Allah dan Rasul-Nya, dan besar ertinya di sisi syariat Islam serta mendapat ganjaran pahala yang banyak.
Rasulullah s.a.w melarang umatnya menghina atau memandang rendah dan memperkecilkan orang lain ketika bertemu, dengan sabdanya:
“Jangan sekali-kali kamu menghinakan sesuatu yang baik dan kalaulah kamu bertemu saudaramu hendaklah dengan muka yang manis” (Riwayat Muslim)
Pengajaran di sebalik hadis di atas ialah Rasululah s.a.w menyuruh umatnya mengukir senyuman ketika bertemu dengan kawan atau sahabat dan juga sesame saudara dalam Islam kerana dengan senyuman dapat mengeratkan tali persaudaraan. Mulakan sesuatu perkerjaan itu dengan senyuman, kerana senyuman menceriakan suasana dan mententeramkan. Wasalam
Sumber : Dr. Rokiah Ahmad (Ba. Syariah, M.A Fiqh Al-Azhar, Ph.D Al-Azhar)
Hujan sebut hujan je KL nie kalau hujan lebih dari 2 atau 3 jam heheh banjir kilat la jawap nye, nak buat macam mana sistem aliran dia tak seragam, mudah-mudah selepas SMART siap takde la banjir kilat nie berlaku. Dan bila dah hujan jalan pasti nye jem dan sesak, satu lagi problem yang di hadi hidup di Kota Raya nie . Dengan minyak dah naik hei terasa nye, kalau dulu isi minyak motor RM 5.00 dah penuh nie takde nye penuh.
Em bila time hujan nie perut mula la lapor nasib baik ada kopi kat sini panas lagi cuma nak alas perut nie je takde . Nak turun ke cafe malas nye time sejuk-sejuk nie. Hari nie lambat tul file nie nak aku FTP kan, connection pun slow je. Em ok la ya air pun dah mula sejuk nie, karang kureng pulak rasa nye. Jemput minum ya....wasalam
Script yang first tu kita org guna to import dimension, lookup and fact table yang takde partitions. Lepas tu kita org guna script yg berikut untuk import fact tables that are partitioned by weekly key, kemudian satu lagi tu untuk import fact prepaid usage measure table sahaja dan yang akhir tu to import sum weekly since act table only.
Setiap log files yang di import kita org kena check balik sebelum buat aggregation jobs. Heheh boleh tahan keje-keje nie seronok terlibat dalam Data Warehouse nie walaupun kadang-kadang rasa blur je satu apa pun tak tahu heheh, tak semua boleh di ceritakan di sini kerana ianya policy company hehe :-) server pun tak boleh nak bagi tau secret hahah aku nie saja je nak kongsi sikit pengalaman kat sini.
Jangan lupa amalkan doa murah rezeki, moga di permudahkan rezeki anda semua...InsyaAllah

Mudah-mudah tahun nie rezeki dan amalan kebaikan kita semua akan bertambah Amin InysaAllah..wasalam
Assalamualaikum wbt.
Salam Aidilfitri, alhamdulilah syukur sambutan raya tahun nie macam biasa adik beradik semua berkumpul bersama, pagi raya selepas sembahyang raya semua berkumpul kat rumah atuk pakcik-makcik mana yang dah balik semua bertandang la kat rumah, rumah atuk pun sebelah rumah je takde la nak tekejar nak balik mana, selesai je takbir raya, sembahyang dan khutubah semua nye bergerak la kerumah adik beradik dah kebetulan rumah semuanya dekat-dekat jadi menjelang tengahari selesai semuanya.
Selesai je duduk bersantai kat atuk sambil menunggu adik beradik ayah yang masih belum sampai lagi Uteh, Uda, Pak Anjang semua nya sampai petang, sambil tu Kak long pun samapi petang pagi tu dia beraya di rumah mertua dia kat JB, pagi raya yang ada cuma Mak, Abah, Makcik dan adik je. Raya pertama cuma pergi sedara mara yang dekat-dekat je banyak kat rumah lagipun Abah yang sulung jadi adik beradik ramai yang datang dan rumah atuk sebelah je, so rumah nie jadi tempat berkumpul adik beradik.
Cuma raya tahun nie pakcik-makcik cuti tak lama raya kedua semua dah balik tinggal pakcik yang kat kedah je cuti dia panjang, Pak lang dengan Mak lang pindah Shah Alam, pak lang kena transfer kerja di sana tu yg awal balik. Rumah atuk tak putus-putus tetamu datang biasalah orang ramai anak, mana yang anak sedara serta adik beradik yang lain lagi. Time tu la ada jumpa sedara yang jarang jumpa, maklumlah semuanya jauh-jauh duduk nya.
Sambil - sambil tu banyak juga keje nak di siapkan takde lah nak berjalan sangat, raya raya juga tapi banyak lagi kerja-kerja tak selasai dengan final exam pun dah hampir. Malam last sebelumnak balik baru lah keluar berjalan, itupun dah terlanjur kawan-kawan datang kerumah so berjalan sekalidapat la 2-3 buah rumah hehehe...pagi tadi singgah kejap rumah member sorang nie dia buat "open house" cakap tak dapat singgah lama nak balik terus ke Kampus, sampai pun dia tengah masak lagi tolong-tolong la kejap apa yang patut heheh lebih kurang jam 12.00 siap-siap nak balik cuaca pun nampak mendung je, yelah akhir nya sampai juga dengan selamat. Sampai bilik biasalah bila dah tinggal kan seminggu fuhh penuh lah dengan sawang nye...kemas mana yang patut tengok email jap, solat zohor terus boom syahid atas katil. Letih la tu bangun pun dah nak asar nasib baik ada yang call alamat lajak la tu..
Malam nie tengok - tengok nota sikit, siapkan report mana yang tak siap lagi...settel kan surat untuk praktikal, lepas tu nak merayau cari kuih raya bilik ke bilik hehehe ..maklum lah ziarah kata raya kan heheh...oklah...kena stop kat sini...wasalam
Salam Ukhwah... Mahabbah Fillah
Emm diam tak diam dah masuk 18 Ramadhan, rasa cepat betul masa berlalu tahun nie. Tak lama lagi masuk pulak bulan Syawal. Selamat Hari Raya, tak kemana pun naik raya je dah nak final exam. Ha duit nie aku bagi kat sapa-sapa yg nak duit raya lepas nie tak payah la nak minta duit raya lagi.
Tahun nie dapat duit raya lagi ke tak?? emm ada rezeki ada la kot, 2 thn lepas kena hulur duit raya katanya dah keje, la nie dah study balik dapat la hehehe. Boleh la buat tambah duit kocek time praktikal nanti.
Sebut pasal praktikal em jenuh juga la menunggu, belum ada rezeki lagi rata-rata semua reject alasan economy kurang memberangsangkan. Harap-harap lepas raya nie adalah berita baik pasal tempat untuk praktikal.
Emm duit raya yg kat gambar tu katanya bakal mengantikan duit RM 50 yg lama, yeke dapat dari sumber-sumber yg boleh dipercayai..hehehe. Salam ramadhan selamat berpuasa buat semua teman-teman serta sahabat handai yang masih lagi mengenali insan ini.
Tahun nie letih buat banner yela permintaan menggalakan heheh dah lama tak buat rasa kekok nasib baik banyak pembantu heheh, ha nie la pembantu yang cukup setia dalam bab warna nie. Yang baju merah tu la ketua pembantu. Yg kecik tu tukang tengok je (ha,jangan marah). Dah siap 3 banner tinggal 1 je lagi.
Hari minggu nie majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim yelah dalam kita bergembira pasti ada yg terluka so jangan la lupakan mereka nie, sama-sama la kita meraikan mereka.
Salam Ramadhan selamat berpuasa semoga kehadiran ramadhan kali ini akan lebih baik dari tahun yang sudah dari segi amalan kita InsyaAllah.