Tuesday, October 19, 2004

Salam Ramadhan

'SELAMAT DATANG RAMADHAN AL-MUBARAK' Persediaan kita menyambut Ramadhan AlMubarak 1425Hijrah. Sejarah Ramadhan 1) Ramadhan: ertinya panas terik 2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana) 3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan. 4) Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala. 5) Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000 bulan. 6) Di pilih untuk ibadat puasa. 7) Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran) Kelebihan Bulan Ramadhan 1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur) 2) Bulan penuh keberatan 3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan 4) Amal sunat sama dengan solat fardhu 5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda 6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga 7) Bulan menambah rezeki Memberi buka banyak pahala 9) Bulan keampunan - doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa. - juga doa pada sepertiga malam. 10)10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan - pengampunan, 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka. Amalan-amalan di bulan Ramadhan 1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 2) Menempah pakaian untuk Ramadhan 3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan 4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam 5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat) 6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian) 7) Solat berjemaah setiap waktu Solat jemaah di masjid/surau 9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek 10)Sahur diwaktu akhir 11)Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu 12)Mandi Janabat sebelum Imsak 13)Kurangkan tidur 14)Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh) 15)Tunaikan Solat Dhuha 16)Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor) 17)Tunaikan solat Rawatib Jaga pacaindera 19)Elakkan gosok gigi pd waktu petang 20)hadiri majlis ilmu 21)Buat baik pd ibubapa 22)Isteri hendaklah taat pd suami 23)Banyakkan bersedekah 24)Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api 25)Berbuka bersama org tua 26)Jemput tetamu berbuka 27)Kurangkan berat badan 28)Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja) 29)Baiki hubungan suami isteri 30)Baiki hubungan jiran 31)Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan 32)Elakkan berbelanja berlebihan 33)Kuatkan kesabaran 34)Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih 35)Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar) 36)Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar 37)Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu 38)Elakkan mendengar radio berunsur hiburan 39)Berdoa dgn nada lembut dan merayu 40)Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri 41)Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia 42)Melazimkan solat waktu 43)Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar 44)Elakkan banyak berhutang 45)Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang 46)Tunaikan zakat fitrah Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30) 1) Kepada Orang Tua Lemah Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di masjid/surau,ini sudah dikira beramal Al Qadar 2) Orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang - Baca ayat akhir surah Al Baqarah - Baca ayat Kursi - Baca surah Yaasin - Baca surah Al Zalazah - Baca surah Al Qafirun - Baca surah Al Ikhlas 3)Bagi orang yamg kuat dan cergas - Bangunkan isteri dan anak - Mandi - Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan baca Al Quran NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan ) - Tarikh turunnya Al Quran - Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amal2 yg baik Cara Sambut Hari Raya Jangan sekali2 disambut dgn hiburan, mercun, pesta lampu dan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan,Pada petang akhir Ramadhan org2 yg meninggal (sudah mati) menangis kerana peluang untukberehat telah berakhir. Adalah di cadangkan semoga keluarga menziarahi kubur pada petang akhir Ramadhan atau jika kuburnya jauh, hendaklah dibaca doa Tahlil selepas solat Asar. Semoga mereka diampuni.Ibnu Abbas r.a pernah mengatakan bahawa roh orang yg meninggal duni dibenarkan pulang ke rumah anak2nya dan berdiri di pintu rumah memohon belas kasihan drpd anak2 mengirimkan bacaan doa, sekurang2nya Al Fatihah sekali utk mereka Oleh itu janganlah terlalu gembira dan ingatlah org2 tua yg sudah meninggal, semoga nanti sampai giliran kita maka anak2 akan ingat kpd kita Takbir Di Malam Raya Takbir sebenarnya mempunyai cerita di sebaliknya. Mengikut riwayat, bermula dari peperangan Ahzab. Peperangan berlaku di dalam musim sejuk, kemudian Salman Al Farisi mencadangkan supaya di gali parit (Khandak) di akhirnya peperangan ini di beri pertolongan oleh Allah dan kemudian dirakamkan di dalam Takbir. Kesimpulannya Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia sebaik2 bulan, penuh keberkatan, pengajaran, mendidik mempunyai ketahanan dan penuh dgn amalan-amalan untuk mendekatkan diri kpd Allah dan hubungan sesam manusia. Oleh itu bersiap sedialah dari awal supaya ia benar2 mengubah sikap yg baik dan seterusnya menjadi insan yg soleh/solehah. Semoga dipertemukan di Ramadhan yang akan datang. *Doa utk menghilangkan baran, maklumlah waktu lapar memang lekas naik angin.... Rujuk kepada Surah Al-Anbiyakk ayat ke 69. Sebelum minum baca doa dan tiupkan pada air (utk diri sendiri,anak,suami dll). Insyaallah cuba amalkan. Wallahua'llam. .. Orang bijak adalah dia yang hari ini mengerjakan apa yang orang lain akan mengerjakannya tiga hari kemudian ..

Wednesday, October 06, 2004

Hikmah Berbakti Kepada Kedua IbuBapa

Salam Ukhwah... Mahabbah Fillah HIKMAH BERBAKTI KEPADA KEDUA IBUBAPA Selain seorang nabi, Sulaiman a.s. juga seorang raja terkenal. Atas izin Allah ia berhasil menundukkan Ratu Balqis dengan jin ifrit-Nya. Dia dikenal sebagai manusia boleh berdialog dengan segala binatang. Dikisahkan, Nabi Sulaiman sedang berkelana antara langit dan bumi hingga tiba di satu samudera yang bergelombang besar. Untuk mencegah gelombang, ia cukup memerintahkan angin agar tenang, dan tenang pula samudera itu. Kemudian Nabi Sulaiman memerintahkan jin Ifrit menyelam ke samudera itu sampai ke dasarnya. DI sana jin Ifrit melihat sebuah kubah dari permata putih yang tanpa lubang, kubah itu diangkatnya ke atas samudera dan ditunjukkannya kepada Nabi Sulaiman. Melihat kubah tanpa lubang penuh permata dari dasar laut itu Nabi Sulaiman menjadi terlalu hairan, "Kubah apakah gerangan ini?" fikirnya. Dengan minta pertolongan Allah, Nabi Sulaiman membuka tutup kubah. Betapa terkejutnya dia begitu melihat seorang pemuda tinggal di dalamnya. "Sipakah engkau ini? Kelompok jin atau manusia?" tanya Nabi Sulaiman kehairanan. "Aku adalah manusia", jawab pemuda itu perlahan. "Bagaimana engkau boleh memperolehi karomah semacam ini?" tanya Nabi Sulaiman lagi. Kemudian pemuda itu menceritakan riwayatnya sampai kemudian memperolehi karomah dari Allah boleh tinggal di dalam kubah dan berada di dasar lautan. Diceritakan, ibunya dulu sudah tua dan tidak berdaya sehingga dialah yang memapah dan menggendongnya ke mana jua dia pergi. Si anak selalu berbakti kepada orang tuanya, dan ibunya selalu mendoakan anaknya. Salah satu doanya itu, ibunya selalu mendoakan anaknya diberi rezeki dan perasaan puas diri. Semoga anaknya ditempatkan di suatu tempat yang tidak di dunia dan tidak pula di langit. "Setelah ibuku wafat aku berkeliling di atas pantai. Dalam perjalanan aku melihat sebuah terbuat dari permata. Aku mendekatinya dan terbukalah pintu kubah itu sehingga aku masuk ke dalamnya." Tutur pemuda itu kepada Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman yang dikenali boleh berjalan di antara bumi dan langit itu menjadi kagum terhadap pemuda itu. "Bagaimana engkau boleh hidup di dalam kubah di dasar lautan itu?" tanya Nabi Sulaiman ingin mengetahui lebih lanjut. "Di dalam kubah itu sendiri, aku tidak tahu di mana berada. Di langitkah atau di udara, tetapi Allah tetap memberi rezeki kepadaku ketika aku tinggal di dalam kubah." "Bagaimana Allah memberi makan kepadamu?" "Jika aku merasa lapar, Allah menciptakan pohon di dalam kubah, dan buahnya yang aku makan. Jika aku merasa haus maka keluarlah air yang teramat bersih, lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu." "Bagaimana engkau mengetahui perbedaan siang dan malam?" tanya Nabi Sulaiman a.s yang merasa semakin hairan. "Bila telah terbit fajar, maka kubah itu menjadi putih, dari situ aku mengetahui kalau hari itu sudah siang. Bila matahari terbenam kubah akan menjadi gelap dan aku mengetahui hari sudah malam." Tuturnya. Selesai menceritakan kisahnya, pemuda itu lalu berdoa kepada Allah, maka pintu kubah itu tertutup kembali, dan pemuda itu tetap tinggal di dalamnya. Itulah keromah bagi seorang pemuda yang berbakti kepada kedua orang tuanya.

Thursday, September 23, 2004

Salam Ukhwah

Assalamualikum... Salam Ukhwah... Mahabbah Fillah... Ini adalah sekadar ruangan untuk menulis sesuatu yang berlaku...di sekeliling kita ini...emm macam mana boleh masuk kesini...kehidupan di UniKl...itu semua ketentuan Allah...manusia hanya boleh merancang tetapi Allah yang telah menetapkan segalanya.... Emmm di sini aku mula kenal dengan ramai sahabat...bertemu kembali dengan sahabat lama...junior masa buat dip dulu pun ada...kat sini..semuanya sama...jumpa semula dengan Hafiz,Razali,Zick,Faeiz,Hafizah,Huda..ramai lagi..sebernarya... Diorang nie banyak membantu..terutama dalam bidang IT nie...maklulah dulu masa dip buat course lain...masuk sini buat Engineering pulak...take..teruskan selagi mampu...insyaAllah.

Monday, September 20, 2004

Permulan yang baru...

Assalamualaikum... Salam Ukhwah... Mahabbah Fillah Emm tahun nie merupakan permulan baru bagi aku...kenapa?..kini hidup kembali menjadi seorang studen..emmm kekok lah juga kan...tapi setalah hampir 3 bulan di UniKl nie...hilang lah juga perasan tu..harap-harap adanya perubahan dalam diri ini.... Hampir 3 tahun berkerja kini terpaksa menghadapi peperiksaan semula...dulu hari-hari merungut keje nie letih la...asyik nak mengadap boss je...ada je meeting....sekarang..hai letih nak mengadap buku... Tetapi itu tak jadi masalah..perjalanan ku masih jauh...demi mencari sesuap nasi aku mesti meneruskan perjuangan ku in....Ya Allah...kau Berkatilah hamba mu ini.....Amin