Monday, April 24, 2006

~Hatiku~

Assalamualaikum wbt.

Syukur alhamdulillah hari nie masih lagi di beri kekuatan dan nikmat kesihatan untuk meneruskan sisa sisa hidup dalam mencari keredhaan Illahi. Sepanjang tahun 2006 sehingga hari nie berbagia-bagai dugaan rintang dan pengajaran aku alami dan tempuhi, kesilapan demi kesilapan aku lakukan dalam hidup ini mungkin itulah balasan atas dosa-dosa yang pernah aku lalukan. Lumrah kehidupan manusia kita tidak boleh lari dari melakukan kesilapan. Kadang-kadang kita perlu meyorokan perasaan sedih tu bilamana berhadapan dengan orang lain, berpura-pura mengambarkan perasaan gembira. Begitukah yang seharusnya?

Hidup dan mati ku kerana Allah. Takut dan penyesalan terhadap dosa-dosa ku yang lalu, setiap masa setiap detik selepas meyambah padamu aku sentisa takut terhadap dosa-dosa ku yang pernah ku lakukan sepanjang hidup ku 25 tahun ini ku pohon keampunan ku agar dosa-dosa ku diampunkan. Ya Allah kau berikanlah keampunan mu pada hamba mu yang lemah ini. Aku bersyukur de beri kesempatan untuk menginsafi atas kelemahan diri ku ini. Masa yang berlalu tidak dapat aku putarkan kembali untuk memperbetulkan kesilapan yang lalui, tetapi dengan nikmat kesedaran yang kau berikan memberi aku sedikit ruang di antara masa yang ada ini untuk aku memperbaiki diri ini, dalam mengaharungi hidup di dunia yang penuh pancaroba ini.

Apa yang aku perlukan adalah kekuatan hati. Hati merupakan asa yang penting dan tersembunyi dalam diri setiap insan. Ia memainkan peranan yang sangat bermakna dalam kehidupan seharian. Rasulullah s.a.w menyatakan soala hati seperti berikut

Adakah tidak kamu tahu di dalam badan manusia terdapat segumpal darah. Apabila baik maka baiklah keseluruhan segala perbuatanya dan apabila buruk maka buruklah keseluruhan tingkah lakunya. Adakah tidak kamu tahu ia itulah hati. (Riwayat Bukhari)

Berdasarkan hadis di atas bahawa kebaikan manusia atau keburukannya datang dari hati, kerana hati adalah pengarah bagi pancaindera yang lahir. Jika hatinya baik maka baiklah segala perbuatannya serta rasa senang setiap taulan mendekatinya dalam pergaulan.

Andai hatinya buruk dan busuk, maka segala perbuatanya akan jahat dan keji, sentiasa cenderung kea rah maksiat mengikut kehendak hati dan hawa nafsu, dan pemikiranya ketika itu pula akan kalah dan sentiasa di ketepikan. Oleh itu, hati adalah raja bagi seluruh anggota, manakala anggota-anggotanya yang lain adalah tentera. Anggota-anggota ini sering melakukan sesuatu mengikut kehendak hati.

Allah SWT sentiasa mengingatkan kepada hambanya melalui firman-Nya dalam al-Quran, surah al-syura, ayat 88-89 :

88. "Hari Yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun, 89. "Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang Yang datang mengadap Allah Dengan hati Yang Selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik);

Ya Allah kau berilah aku kekuatan hati ini, kau tetapkan pendirian aku ini. Kau perelokkan lah isi hati ku ini dengan lebih mengenali mu Ya Allah, memahami segala ilmu Agama mu Ya Allah dengan hikmah keagaungan ilmu itu sendiri. Ampunkanlah dosa-dosa ku yang lalu yang Ya Allah. Atas kesempatan masa yang sedikit ini aku bersyukur atas nikmat mu itu Ya Allah, sesungguhnya kaulah yang selalu memperkenankan pinta hamba mu ini. Amin

Wasalam.

Thursday, April 20, 2006

Di Ambang Pertemuan

Salam Ukhwah... Mahabbah Fillah

Di Ambang Pertemuan

Sebaik-baik pergaulan di kalangan umat Islam ialah bertemu saudaranya, dia menunjukkan tingkahlaku dengan perwatakan yang baik, manis muka serta menerima dengan penuh rasa gembira yang tidak terhingga.

Reaksi seperti ini amat disukai oleh Allah dan Rasul-Nya, dan besar ertinya di sisi syariat Islam serta mendapat ganjaran pahala yang banyak.

Rasulullah s.a.w melarang umatnya menghina atau memandang rendah dan memperkecilkan orang lain ketika bertemu, dengan sabdanya:

“Jangan sekali-kali kamu menghinakan sesuatu yang baik dan kalaulah kamu bertemu saudaramu hendaklah dengan muka yang manis” (Riwayat Muslim)

Pengajaran di sebalik hadis di atas ialah Rasululah s.a.w menyuruh umatnya mengukir senyuman ketika bertemu dengan kawan atau sahabat dan juga sesame saudara dalam Islam kerana dengan senyuman dapat mengeratkan tali persaudaraan. Mulakan sesuatu perkerjaan itu dengan senyuman, kerana senyuman menceriakan suasana dan mententeramkan. Wasalam

Sumber : Dr. Rokiah Ahmad (Ba. Syariah, M.A Fiqh Al-Azhar, Ph.D Al-Azhar)

Thursday, April 06, 2006

~Hujan~

Salam Ukhwah... Mahabbah Fillah Isk hujan lebat nie sekali dengan petir bedezum-dezum bunyi nye, rasa cam basah kuyup je nak balik rumah karang, almaklum naik motor. Em dah 3 hari ai-cond kat ofis nie sejuk sangat maklum lah baru je servis tapi tak tahan sejuk sampai ke tulang . Kat luar nie dah la hujan lebat bertambah sejuk la aku nie, KLCC pun dah tak nampak . Lepas kerje nie ingat nak singgah pudu tapi dengan cuaca macam nie baik balik rumah dulu, lepas tu naik STAR je takde la letih nak mencelok di jalan raya hehehe....

Hujan sebut hujan je KL nie kalau hujan lebih dari 2 atau 3 jam heheh banjir kilat la jawap nye, nak buat macam mana sistem aliran dia tak seragam, mudah-mudah selepas SMART siap takde la banjir kilat nie berlaku. Dan bila dah hujan jalan pasti nye jem dan sesak, satu lagi problem yang di hadi hidup di Kota Raya nie . Dengan minyak dah naik hei terasa nye, kalau dulu isi minyak motor RM 5.00 dah penuh nie takde nye penuh.

Em bila time hujan nie perut mula la lapor nasib baik ada kopi kat sini panas lagi cuma nak alas perut nie je takde . Nak turun ke cafe malas nye time sejuk-sejuk nie. Hari nie lambat tul file nie nak aku FTP kan, connection pun slow je. Em ok la ya air pun dah mula sejuk nie, karang kureng pulak rasa nye. Jemput minum ya....wasalam