Monday, April 24, 2006

~Hatiku~

Assalamualaikum wbt.

Syukur alhamdulillah hari nie masih lagi di beri kekuatan dan nikmat kesihatan untuk meneruskan sisa sisa hidup dalam mencari keredhaan Illahi. Sepanjang tahun 2006 sehingga hari nie berbagia-bagai dugaan rintang dan pengajaran aku alami dan tempuhi, kesilapan demi kesilapan aku lakukan dalam hidup ini mungkin itulah balasan atas dosa-dosa yang pernah aku lalukan. Lumrah kehidupan manusia kita tidak boleh lari dari melakukan kesilapan. Kadang-kadang kita perlu meyorokan perasaan sedih tu bilamana berhadapan dengan orang lain, berpura-pura mengambarkan perasaan gembira. Begitukah yang seharusnya?

Hidup dan mati ku kerana Allah. Takut dan penyesalan terhadap dosa-dosa ku yang lalu, setiap masa setiap detik selepas meyambah padamu aku sentisa takut terhadap dosa-dosa ku yang pernah ku lakukan sepanjang hidup ku 25 tahun ini ku pohon keampunan ku agar dosa-dosa ku diampunkan. Ya Allah kau berikanlah keampunan mu pada hamba mu yang lemah ini. Aku bersyukur de beri kesempatan untuk menginsafi atas kelemahan diri ku ini. Masa yang berlalu tidak dapat aku putarkan kembali untuk memperbetulkan kesilapan yang lalui, tetapi dengan nikmat kesedaran yang kau berikan memberi aku sedikit ruang di antara masa yang ada ini untuk aku memperbaiki diri ini, dalam mengaharungi hidup di dunia yang penuh pancaroba ini.

Apa yang aku perlukan adalah kekuatan hati. Hati merupakan asa yang penting dan tersembunyi dalam diri setiap insan. Ia memainkan peranan yang sangat bermakna dalam kehidupan seharian. Rasulullah s.a.w menyatakan soala hati seperti berikut

Adakah tidak kamu tahu di dalam badan manusia terdapat segumpal darah. Apabila baik maka baiklah keseluruhan segala perbuatanya dan apabila buruk maka buruklah keseluruhan tingkah lakunya. Adakah tidak kamu tahu ia itulah hati. (Riwayat Bukhari)

Berdasarkan hadis di atas bahawa kebaikan manusia atau keburukannya datang dari hati, kerana hati adalah pengarah bagi pancaindera yang lahir. Jika hatinya baik maka baiklah segala perbuatannya serta rasa senang setiap taulan mendekatinya dalam pergaulan.

Andai hatinya buruk dan busuk, maka segala perbuatanya akan jahat dan keji, sentiasa cenderung kea rah maksiat mengikut kehendak hati dan hawa nafsu, dan pemikiranya ketika itu pula akan kalah dan sentiasa di ketepikan. Oleh itu, hati adalah raja bagi seluruh anggota, manakala anggota-anggotanya yang lain adalah tentera. Anggota-anggota ini sering melakukan sesuatu mengikut kehendak hati.

Allah SWT sentiasa mengingatkan kepada hambanya melalui firman-Nya dalam al-Quran, surah al-syura, ayat 88-89 :

88. "Hari Yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun, 89. "Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang Yang datang mengadap Allah Dengan hati Yang Selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik);

Ya Allah kau berilah aku kekuatan hati ini, kau tetapkan pendirian aku ini. Kau perelokkan lah isi hati ku ini dengan lebih mengenali mu Ya Allah, memahami segala ilmu Agama mu Ya Allah dengan hikmah keagaungan ilmu itu sendiri. Ampunkanlah dosa-dosa ku yang lalu yang Ya Allah. Atas kesempatan masa yang sedikit ini aku bersyukur atas nikmat mu itu Ya Allah, sesungguhnya kaulah yang selalu memperkenankan pinta hamba mu ini. Amin

Wasalam.

Thursday, April 20, 2006

Di Ambang Pertemuan

Salam Ukhwah... Mahabbah Fillah

Di Ambang Pertemuan

Sebaik-baik pergaulan di kalangan umat Islam ialah bertemu saudaranya, dia menunjukkan tingkahlaku dengan perwatakan yang baik, manis muka serta menerima dengan penuh rasa gembira yang tidak terhingga.

Reaksi seperti ini amat disukai oleh Allah dan Rasul-Nya, dan besar ertinya di sisi syariat Islam serta mendapat ganjaran pahala yang banyak.

Rasulullah s.a.w melarang umatnya menghina atau memandang rendah dan memperkecilkan orang lain ketika bertemu, dengan sabdanya:

“Jangan sekali-kali kamu menghinakan sesuatu yang baik dan kalaulah kamu bertemu saudaramu hendaklah dengan muka yang manis” (Riwayat Muslim)

Pengajaran di sebalik hadis di atas ialah Rasululah s.a.w menyuruh umatnya mengukir senyuman ketika bertemu dengan kawan atau sahabat dan juga sesame saudara dalam Islam kerana dengan senyuman dapat mengeratkan tali persaudaraan. Mulakan sesuatu perkerjaan itu dengan senyuman, kerana senyuman menceriakan suasana dan mententeramkan. Wasalam

Sumber : Dr. Rokiah Ahmad (Ba. Syariah, M.A Fiqh Al-Azhar, Ph.D Al-Azhar)

Thursday, April 06, 2006

~Hujan~

Salam Ukhwah... Mahabbah Fillah Isk hujan lebat nie sekali dengan petir bedezum-dezum bunyi nye, rasa cam basah kuyup je nak balik rumah karang, almaklum naik motor. Em dah 3 hari ai-cond kat ofis nie sejuk sangat maklum lah baru je servis tapi tak tahan sejuk sampai ke tulang . Kat luar nie dah la hujan lebat bertambah sejuk la aku nie, KLCC pun dah tak nampak . Lepas kerje nie ingat nak singgah pudu tapi dengan cuaca macam nie baik balik rumah dulu, lepas tu naik STAR je takde la letih nak mencelok di jalan raya hehehe....

Hujan sebut hujan je KL nie kalau hujan lebih dari 2 atau 3 jam heheh banjir kilat la jawap nye, nak buat macam mana sistem aliran dia tak seragam, mudah-mudah selepas SMART siap takde la banjir kilat nie berlaku. Dan bila dah hujan jalan pasti nye jem dan sesak, satu lagi problem yang di hadi hidup di Kota Raya nie . Dengan minyak dah naik hei terasa nye, kalau dulu isi minyak motor RM 5.00 dah penuh nie takde nye penuh.

Em bila time hujan nie perut mula la lapor nasib baik ada kopi kat sini panas lagi cuma nak alas perut nie je takde . Nak turun ke cafe malas nye time sejuk-sejuk nie. Hari nie lambat tul file nie nak aku FTP kan, connection pun slow je. Em ok la ya air pun dah mula sejuk nie, karang kureng pulak rasa nye. Jemput minum ya....wasalam

Tuesday, March 14, 2006

Mas Kahwin Yang Hilang

"Arghhhh... Mana aku nak cari duit untuk berkahwin? Duit hantaran sahaja sudah hampir RM5,000. Itu belum kira barang-barang hantaran, mas kahwin, belanja untuk kenduri kahwin, upah mak andam, sewa pelamin dan baju pengantin, sewa kanopi, upah pasukan kompang, upah DJ serta peralatan audio, upah penanggah, bunga telur, kad jemputan dan bermacam-macam lagi la. Pendek kata, berbelas ribu jugalah diperlukan.
Aduh! Sudahlah kerja pun tak tetap lagi, setakat kontrak je, duit makan sendiri pun kadang-kadang tak cukup. Inikan pula nak tanggung anak orang.
Hutang motorsikal dan pinjaman pelajaran dulu pun tak habis bayar lagi.
Takkan nak kahwin pun nak buat pinjaman lagi? Jawapnya sampai aku bercicit pun tak habis bayar hutang lagi. "
Rancanglah masa depan anda dengan baik... sebuah buku panduan dalam bahasa melayu seumpamanya di nusantara ini.. sebuah karya yang mesti dibaca oleh semua... Untuk rujukan selanjutnya sila lawati Web Maskahwin Yang Hilang.. Kos penghantaran adalah Percuma !!

Wednesday, March 08, 2006

P5 Loaner Server from IBM

Salam Ukhwah... Mahabbah Fillah

Morning, today IBM will Delivery of P5 Loaner Server + Prepaid Oneview Architecture SetupMeeting, last two week kita org dah ke IBM time dia org buat presentation.

Monday, March 06, 2006

~Other Site~

Salam Ukhwah... Mahabbah Fillah
Em reports tak siap lagi nie, ada berapa bulan je lagi nie nak hantar reports. Dalam beberapa hari nie macam-macam hal berlaku yang pastinye tentang scripting SQL dgn UNIX. Tiap kali aku running script je ada error, angin tul la. Letih asyik nak kena try and error je hahaa.. Takpe la kalau tak memang tak bekerja la aku nie... wasalam.

Monday, February 27, 2006

Boring Day

Salam Ukhwah... Mahabbah Fillah
Assalamualaikum wbt.
Alahai boring nye, emm same as usual just do nothing...semua team takde diorang ada course kat Sime Darby, Data Warehouse for two days. Boring, boring, boring. Looking for a place where i can easily share my knowledge to others..lunch time...wasalam

Friday, February 24, 2006

First Cheque

Salam Ukhwah... Mahabbah Fillah
Assalamualaikum wbt and morning, aha today i get my 1st cek la from Celcom. Ok la walaupun tak besar boleh la buat belanja barang dapur hehehe. Tapi aku ingat nak hold cek tu dulu kalau clear awal habis pun awal :-) , malam nie nak ke Shah Alam ahad baru balik, em ok la tu kot. Nak hantar sedara nie buat check up, insyaAllah mudah-mudahan takde apa-apa masalah. Minggu nie suppose ada meeting tapi, cancel director takde gie survey tempat untuk program summer camp. Biasa bukan director yg gie survey kat sini lain pulak hehehe takpe yg nie seorang boss yang bertanggungjawab, sentiasa turun padang melihat anak buah. Aku nie pening nak cari sponsor untuk program nie.... wait n see la. Wasalam.

Monday, February 20, 2006

Move out

Asslamualaikum wbt, morning em pagi nie aku tak tahu nak buat apa dah baru je tukar tempat duduk, meja lama aku ada org baru nak masuk so diaorang akan guna tempat aku.Meja baru aku nie berselerak dengan file dan manual, monitor pun ada hehehe entah la stay je kat sini ok juga view pun menarik depan tingakap nampak la sekitar kuala lumpur :-). Wasalam.

Friday, February 17, 2006

IBM Presentation

Salam Ukhwah... Mahabbah Fillah
Early morning aku dah bangun bergegas siap nak ke IBM, sampai ofis tepat jam 7.00 pg. Dari ofis naik kereta dgn liza dan bebudak lain jam 7.20 pg time bajet dah lewat takut jalam jem hahaha... presentation jam 9.30 pg sebelum tu breakfast nasi lemak la, sampai kat TTDI 7.45 pg lebih kurang sampai IBM jam 8.00 pg heheh :-) ada sejam nak tunggu punya la bagus kita org nie sejam awal dah sampai.
Fuh not bad la presentation from IBM. First time jejak kaki kat plaza IBM nie. Call fiesal nak jumpa time breakfast kat level 15, umpa la encik_tepung kat situ dia ground floor bahagian technical. Introduction short brief about IBM from GM dari Communication Mr. Mohd Rauf Nasir. We have short conversation before start sesi awal.
Starting cerita la pasal IBM pSeries server introduction pros and cons dia the comparison between other vendor, benda alah adalah the next generation of UNIX and Linux servers designed to enable clients to lower costs while improving systems flexibility, utilisation and manageability though advanced virtualisation technologies. Sekarang nie semua nak shift ke virtual technologies.
Dah habis intro so dia org bagi peluang demo guna IBM AIX takut juga tak reti nak guna, dia guide dalam tu just follow arahan je masuk kat HMC (Hardware Management Control) Interface mudah la nak create partion, semua nak setting dia pun ok, very friendly user. Kita org gelar sesi ni Discovery channel hahaha.
Lepas tu kita org ambil short break makan lagi hehehe, then lepas sesi discovery, masuk animal planet pulak padahal cerita pasal IBM TotalStorage, heheh funny la di org but every detail punya explanation.
Habis tu 12.30 t/h selesai balik la ofis, so far apa yang aku belajar hari nie memang benda yang tak pernah dapat di Faculty, syukur la di beri peluang macam nie. Gaine value knowledge.
Wasalam.

Tuesday, February 14, 2006

Import Process/Scripts Cel055

Salam Ukhwah... Mahabbah Fillah Tugasan-tugasan aku di Celcom nie seronok kerana dapat learn something new kat sini, banyak information yang selama nie aku tak tahu sekarang dah tau heheh selok belok perggunaan sistem 013 and 019. Semalam vendor dari HP briefing la macam mana nak extract data from source system. Bingung juga la kepala otak nie heheh dah beberapa hari nie dok releks je. Ada beberapa perkara yang penting perlu diambil kira, before running any import, verify the particion exist for the period to be imported. Ada 4 main scripst yang di guna pakai to run when importing data into server Cel 055 from Cel054.
  • imp_nonpartition_prepaid_slp.sh
  • imp_nonusage_weekly_partition_prepaid_slp.sh
  • imp_prepaid_usage.sh
  • imp_prepaid_recharge_since_active.sh

Script yang first tu kita org guna to import dimension, lookup and fact table yang takde partitions. Lepas tu kita org guna script yg berikut untuk import fact tables that are partitioned by weekly key, kemudian satu lagi tu untuk import fact prepaid usage measure table sahaja dan yang akhir tu to import sum weekly since act table only.

Setiap log files yang di import kita org kena check balik sebelum buat aggregation jobs. Heheh boleh tahan keje-keje nie seronok terlibat dalam Data Warehouse nie walaupun kadang-kadang rasa blur je satu apa pun tak tahu heheh, tak semua boleh di ceritakan di sini kerana ianya policy company hehe :-) server pun tak boleh nak bagi tau secret hahah aku nie saja je nak kongsi sikit pengalaman kat sini.

Jangan lupa amalkan doa murah rezeki, moga di permudahkan rezeki anda semua...InsyaAllah

Mudah-mudah tahun nie rezeki dan amalan kebaikan kita semua akan bertambah Amin InysaAllah..wasalam

Friday, February 03, 2006

Salam Maal Hijrah 1427

Salam Ukhwah... Mahabbah Fillah Alhamdulilah syukur tahun nie masih lagi dapat lagi merasai nikmat hidup..Dah sebulan aku jalani latihan industri di CELCOM nie...banyak la pengalaman baru kat sini...sepanjang berada di KL nie baru la terasa perit sikit terumatamanya dari segi kewangan. Mana tak nye duit yang mengalir cepat je habis, tau-tau dah nak kering. Macam nie la kalau duduk di KL, nak bayar sewa rumah, makan-minum, kos kenderaan lagi.. dulu pun macam nie juga tapi masa di Melaka dulu takde la terasa macam sekarang nie. Sekarang nie bila dah buat pinjaman bank, payment tolak dari elaun..so kira-kira balik memang tak cukup nak tampung kos hidup kat sini. Hehe nak cari ruma sewa rumah kat sini tak dapat la semua nye harga yang layak untuk mereka yang bekerja tetap sahaja, macam kita nie elaun pun tak dapat lagi terpaksalah berkorban sikit. Sempena tahun baru nie mudah-mudah dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan InsyaAllah. Kena la banyak bersabar dugaan hidup la katakan... Nasib baik ada kawan-kawan yang boleh tolong kalau tak tak tahu la apa nasib agaknye... tak rugi ada ramai kawan, cuma susah nak cari kawan best macam kawan-kawan aku nie... thank my friends. Zaman aku keje dulu semua masih belajar sekarang nie bila aku pula yang study diaorang masing-masing dah bekerja, alhamdulillah semua kerja pun bagus-bagus. Kadang-kadang bila sebut pasal kawan nie memang banyak dugaan dalam berkawan, yelah mungkin kita pun ada silapnya terhadap orang lain, so mana yang boleh diperbetulkan kita sama-sama betulkan, mana yang tak erat kita eratkan yelah katau orang hari nie hari dia esok-esok hari kita sapa tau kan mana yang boleh kita nie sebagai kawan tolong kita tolong, tak salah tak guna nak berkira sangat hidup nie bukan untuk kita seorang sahaja. Perjalan pun masih jauh masing-masing memainkan peranannya...apa pun berbuat baiklah pada sahabat tanpa mengharap balasan. Senyum-senyum la selalu kerna Budi bahasa itu Budaya Kita.... Salam Maal Hijrah 1427 semoga tahun baru nie membawa kebahagian dan penambahan amalan kabaikan berbanding tahun-tahun sebelumnya InsyaAllah... UkhwahFillah Abadan Abada.

Friday, January 27, 2006

Usia Antara Masa

Salam Ukhwah... Mahabbah Fillah Huhu getting old this year...fuh pejam celik dah bertambah usia aku hari nie..kejap je... Hai bila aku nak grad nie..skrg nie tengah buat Intra di CELCOM..so far ok la kat sini..yg sekali dgn aku kat sini Faiza, Khai..heheh buat keje yang belum pernah aku buat sebelum nie. Tapi ok la interesting, belajar benda baru kan..Buat masa nie aku kena buat UNIX and Oracle.. Extract from server...script pun aku tak reti semua kena tengok manual heheh..ok la nie..so wish me luck
Usia Antara Masa Lihat dedaunan kekeringan jua Ku kutip bawa sang bayu Layu tak berguna Jiwa manusia di arus usianya Tersalah tiada makna Seandai tiba masa Putaran roda kehidupan Penuh warna-warna kesamaran Jika kau ikuti jalanan Sesat kan penghujungnya Sedari masa berbeza Berdetik usia kita Janganlah terlena hingga ke akhirnya Sujud pada yang Satu Teguh keyakinanmu, lenturkanlah keimanan Kasihmu kepadaNya Tuhan Yang Satu
Oleh: Saujana