Tuesday, November 08, 2005

Hadith: Cinta

Hadith : Cinta Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda : Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman : Seseorang yang mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada selain keduanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka. [Bukhari & Muslim] Diriwayatkan daripada Nu'man bin Basyir r.a katanya : Rasulullah s.a.w bersabda: Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal berkasih sayang dan saling cinta-mencintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggotanya mengadu kesakitan, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasa sakit. [Bukhari & Muslim] Dari Anas ra, katanya Nabi saw bersabda : "Tidak (sempurna) iman seseorang kamu sebelum ia lebih mencintai aku daripada mencintai ibu-bapanya, anaknya dan manusia umumnya." [Bukhari]

Sunday, November 06, 2005

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum wbt. Salam Aidilfitri, alhamdulilah syukur sambutan raya tahun nie macam biasa adik beradik semua berkumpul bersama, pagi raya selepas sembahyang raya semua berkumpul kat rumah atuk pakcik-makcik mana yang dah balik semua bertandang la kat rumah, rumah atuk pun sebelah rumah je takde la nak tekejar nak balik mana, selesai je takbir raya, sembahyang dan khutubah semua nye bergerak la kerumah adik beradik dah kebetulan rumah semuanya dekat-dekat jadi menjelang tengahari selesai semuanya. Selesai je duduk bersantai kat atuk sambil menunggu adik beradik ayah yang masih belum sampai lagi Uteh, Uda, Pak Anjang semua nya sampai petang, sambil tu Kak long pun samapi petang pagi tu dia beraya di rumah mertua dia kat JB, pagi raya yang ada cuma Mak, Abah, Makcik dan adik je. Raya pertama cuma pergi sedara mara yang dekat-dekat je banyak kat rumah lagipun Abah yang sulung jadi adik beradik ramai yang datang dan rumah atuk sebelah je, so rumah nie jadi tempat berkumpul adik beradik. Cuma raya tahun nie pakcik-makcik cuti tak lama raya kedua semua dah balik tinggal pakcik yang kat kedah je cuti dia panjang, Pak lang dengan Mak lang pindah Shah Alam, pak lang kena transfer kerja di sana tu yg awal balik. Rumah atuk tak putus-putus tetamu datang biasalah orang ramai anak, mana yang anak sedara serta adik beradik yang lain lagi. Time tu la ada jumpa sedara yang jarang jumpa, maklumlah semuanya jauh-jauh duduk nya. Sambil - sambil tu banyak juga keje nak di siapkan takde lah nak berjalan sangat, raya raya juga tapi banyak lagi kerja-kerja tak selasai dengan final exam pun dah hampir. Malam last sebelumnak balik baru lah keluar berjalan, itupun dah terlanjur kawan-kawan datang kerumah so berjalan sekalidapat la 2-3 buah rumah hehehe...pagi tadi singgah kejap rumah member sorang nie dia buat "open house" cakap tak dapat singgah lama nak balik terus ke Kampus, sampai pun dia tengah masak lagi tolong-tolong la kejap apa yang patut heheh lebih kurang jam 12.00 siap-siap nak balik cuaca pun nampak mendung je, yelah akhir nya sampai juga dengan selamat. Sampai bilik biasalah bila dah tinggal kan seminggu fuhh penuh lah dengan sawang nye...kemas mana yang patut tengok email jap, solat zohor terus boom syahid atas katil. Letih la tu bangun pun dah nak asar nasib baik ada yang call alamat lajak la tu.. Malam nie tengok - tengok nota sikit, siapkan report mana yang tak siap lagi...settel kan surat untuk praktikal, lepas tu nak merayau cari kuih raya bilik ke bilik hehehe ..maklum lah ziarah kata raya kan heheh...oklah...kena stop kat sini...wasalam

Friday, October 21, 2005

Duit raya dapat lagi ke????

Salam Ukhwah... Mahabbah Fillah Emm diam tak diam dah masuk 18 Ramadhan, rasa cepat betul masa berlalu tahun nie. Tak lama lagi masuk pulak bulan Syawal. Selamat Hari Raya, tak kemana pun naik raya je dah nak final exam. Ha duit nie aku bagi kat sapa-sapa yg nak duit raya lepas nie tak payah la nak minta duit raya lagi. Tahun nie dapat duit raya lagi ke tak?? emm ada rezeki ada la kot, 2 thn lepas kena hulur duit raya katanya dah keje, la nie dah study balik dapat la hehehe. Boleh la buat tambah duit kocek time praktikal nanti. Sebut pasal praktikal em jenuh juga la menunggu, belum ada rezeki lagi rata-rata semua reject alasan economy kurang memberangsangkan. Harap-harap lepas raya nie adalah berita baik pasal tempat untuk praktikal. Emm duit raya yg kat gambar tu katanya bakal mengantikan duit RM 50 yg lama, yeke dapat dari sumber-sumber yg boleh dipercayai..hehehe. Salam ramadhan selamat berpuasa buat semua teman-teman serta sahabat handai yang masih lagi mengenali insan ini.

Sunday, October 16, 2005

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim

Salam Ukhwah... Mahabbah Fillah Alhamdulilah minggu nie segala program berjalan dengan lancar walaupun terdapat sedikit ketidak sempurna majlis, biasalah perkara yang tidak di jangka kan. So far baguslah objektif bersama-sama anak yatim tercapai. Setiap sumbangan derma telah di sampaikan kepada anak-anak yatim dan juga kepada pengurusan rumah anak yatim Sultan Abd Aziz shah. Macam-macam telatah dari anak-anak yatim,em best bila diorang semua buat persembahan ( gambar tak sempat edit lagi)

Tuesday, October 11, 2005

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Salam Ukhwah... Mahabbah Fillah Alhamdullilah, ramadhan datang lagi, puasa di perantauan sekali lagi. Biasalah hidup sebagai student mana lagi. Time nie la nikmat berbuka dengan kawan-kawan hehehe membeli-belah di pasar ramadhan biasa mana lagi kalau tak berbudak nie keluar ke Alor Gajah. Biasalah rindu kat ngan family nak berbuka sekali penghujung puasa sebelum raya dapat la bersama keluarga. Tahun nie takde apa yang bertambah semuanya sekadar yang mampu, kena ikut bajet sendiri tahun nie cukup pakai je la. Tahun nie letih buat banner yela permintaan menggalakan heheh dah lama tak buat rasa kekok nasib baik banyak pembantu heheh, ha nie la pembantu yang cukup setia dalam bab warna nie. Yang baju merah tu la ketua pembantu. Yg kecik tu tukang tengok je (ha,jangan marah). Dah siap 3 banner tinggal 1 je lagi. Hari minggu nie majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim yelah dalam kita bergembira pasti ada yg terluka so jangan la lupakan mereka nie, sama-sama la kita meraikan mereka. Salam Ramadhan selamat berpuasa semoga kehadiran ramadhan kali ini akan lebih baik dari tahun yang sudah dari segi amalan kita InsyaAllah.

Tuesday, September 27, 2005

Emmm pening?????

Salam Ukhwah... Mahabbah Fillah Emm tak tahu la 2, 3 minggu nie pening memanjang, macam hal dah jadi hehehe, alahai mana nak cari tempat praktikal lagi assignment nye lagi, test lagi...lepas satu, satu lagi datang hahaha kehidupan namanya, kalau tak takde hidup la jawabnya. Minggu nie ada election kat sini, tula suasana tak best je. Malas nak fikirkan, pejam celik nak final exam dah. Hai bedebar je rasa di hati nie....next week dah masuk Ramadhan mudah-mudahan berkat bulan rahmat nie segala urusan di permudahkan Biasa la dugaan bulan Ramadhan kebiasaanya hebat-hebat.Harap sabar jelah, InsyaAllah. Minggu nie test lagi, nak siapkan assignmet dulu bagi habis settle semuanya dah tinggal untuk final exam je, setakat nie alhamdulliah la semua test berjalan lancar walaupun ada juga yang rongak...hahaha. Emm oklah, buat susah-susah je pening kepala nie, so try la target untuk sem nie,bila lagi kan. Next year dah ke "LI". Wasalam

Tuesday, September 13, 2005

Beberapa Kesilapan Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-anak (Part 2)

Salam Ukhwah... Mahabbah Fillah Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak. 1. Kurang berdoa Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah * Saidul (penghulu) Istighfar * Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9) * Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 :38) * Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 :40-41) Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah * Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 : 128) * Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan,25 : 74) * Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya. 2. Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti : menakutkan anak-anak dengan sekolah menakutkan dengan tempat gelap menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur 3. Tidak tegas dalam mendidik anak-anak tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka. 4. Menegur anak secara negatif mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). membandingkan anak-anak dengan anak-anaklain atau anak orang lain. 5. Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani 6. Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’ : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi." ( Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim ) 7. Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak. 8. Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh. 9. Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah,beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi. 10.Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah. 11.Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam. 12. Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya. 13. Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar. 14. Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting ke rana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak. 15. Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam. Wallahu a’lam.

Tuesday, September 06, 2005

Beberapa Kesilapan Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-anak (Part 1)

Salam Ukhwah... Mahabbah Fillah Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hambaNYA. Firman ALLAH s.w.t. : " Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar." ( Al-Quran Surah At-Taghabun, 64 : 15 ) Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia." ( Maksud Al-Hadith ) Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak. Bersambung...

Sunday, September 04, 2005

Rehlah at PD...

Salam Ukhwah... Mahabbah Fillah Alhamdulilah program kali ini berjalan dengan lancar tujuan rehlah tersebut adalah untuk meraikan para urusetia dan fasilitator atas kejayaan mengendalikan Minggu Induksi Julai 05. Segala lelah dan usaha yang telah diberikan kami hargai bersama. Perjalanan bermula pada tepat jam 7.30 pagi bertolak dari Cafeteria dengan menaiki bas, seramai 45 orang urusetia dan fasilitator yang turut serta ke port dickson. Destinasi kami adalah pantai Teluk Kemang. Perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih, dari Tabuh Naning Alor Gajah. Semasa dalam perjalanan cukup meriah dengan gelak tawa teman-teman. Sampai ke tempat tujuan jam 8.45, mula survey tempat untuk bersantai. Selesai cari tapak, bermula sesi bebas sebelum di teruskan dengan aktiviti yg di rancang di awal lagi. Keseronokan jelas terpancar di setiap wajah mereka yg hadir hehehe suka saya melihat nya, begitulah suasana santai di sana penuh dengan keriangan Kepuasan terasa bila melihat mereka seronok dan terhibur dgn telatah masing masing.. Alhamdulilah

Saturday, September 03, 2005

Sekian lama....

Salam Ukhwah... Mahabbah Fillah Alhamdulilah, Setelah sekian lama menunggu barulah dapat slip penuh result exam yang lepas, emm alhamdulilah ada peningkatan yang baik. Lama juga nak dapat result nie dah 2 bulan masuk sem baru, barulah dapat. Biasalah alasan masalah teknikal. Semester lepas pun situasi yang sama berlaku. Kesabaran itu paling penting, sabar je lah yang dapat. Walau apa pun semester nie perlu buat yang lebih baik, emm yelah sem nie subject pun boleh tahan la juga payah kalau tak betul-betul saja je lah menempah bahaya. Rejab dah sampai ke penghujung, masuklah bulan Syaaban terus ke Ramadhan, bulan yang paling di tunggu sekelian umat islam khususnya di Malaysia. Harapan Ramadhan kali nie lebih baik dari tahun tahun yang sudah InsyaAllah.

Thursday, September 01, 2005

Mati itu pasti..

Salam Ukhwah... Mahabbah Fillah Emm hari nie agak mengejutkan juga bagi saya, salah seorang sahabat saya telah pun meningal dunia akibat kemalangan jalan raya, walaupun dia berlainan bangsa dan agama, terasa juga kehilangan beliau. Bila fikirkan kembali betapa bersediakah kita nie dalam menghadapi mati yang pasti... "Katakanlah bahawasanya maut yang kamu sekalian ingin lari darinya itu pasti akan menemui kamu, kemudian kamu sekalian akan dikembalikan kepada Zat yang Maha Mengetahui segala yang ghaib serta yang nyata, kelak Dia akan memberitahu kamu segala yang apa telah kamu lakukan." ( Al-Jumua’ah : 8 )

Wednesday, August 31, 2005

Merdeka Day

Salam Ukhwah... Mahabbah Fillah Emm hari nie Merdeka Day for mMalaysia yg ke-48 sambut kat bilik je la nampaknya, tahun lepas pun macam nie aje, hehehe apa nak buat nasib badan pagi tadi sunyi sepi je hostel, semuanya di layan mimpi.... Bebudak ramai juga yg balik, classmate aku lagila mentangla kelas takde hampeh.....lapor la pulak emm jom gie makan.

Wednesday, June 01, 2005

Last but not least

Alhamdulilah segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam atas nikmat kurnia Nya masih lagi dapat aku merasa nikmat hidup ini. Sepanjang minggu exam macam - macam berlaku, esok my last paper E-Commerce...hehehe fight to get A for this subject. Masih lagi Menunggu hasil, member-meber course Networking dah habis paper yang tinggal budak-budak Multimedia je nie...alamat malam nie ada yang membuat onar...(jawa la hehehe jgn marah) maklumlah paper dah habis. To my fren good luck for tomorrow paper wish you all the best, remember next semester we have to fight again...hehehe Untuk member yang nak balik bercuti tu hati-hati lah kalau yang memandu tu drive elok-elok ingat orang yang tersayang. InsyaAllah jumpa lagi semester Hadapan.

Thursday, May 26, 2005

Harapan Tidak Buta

Alarm Me ~"Harapan Tidak Buta" Berjalan di jalan yang terang Agar tiada jatuh dan tersungkur di persimpangan Berhati bila di jalanan Bimbang datang ujian Menduga keimanan Sudah menjadi suratan Setiap sesuatu bersifat sementara Jerih perit di dunia Terungkai dek pawana Hembusan ketaqwaan Pilu melihat mereka Dihimpit kemiskinan Yang serba kekurangan Berkat walau sedikit Terukir keredhaan Di wajah ketenangan Masih ada harapan Ubah nasib kehidupan Bekalan ilmu yang berguna Berjalan di jalan yang terang Agar tiada jatuh dan tersungkur di persimpangan Berhati bila di jalanan Bimbang datang ujian Menduga keimanan Berusaha hindar keculasan Waspada kefakiran Jerumuskan kekufuran Maruah dibela dijaga Tidak meminta-minta Hanya Tuhan segala Mereka fakir di dunia Namun berilmu dan beramal mulia.. Senilagu: Syah Senikata: Nordin Hj Jaafar/Syah Vokal: Deen Vokal bantuan: Kumpulan Mirwana

Monday, May 23, 2005

Finaly Exam

Emm tomorrow i start my 1st paper, project management maa...emm janji A ye ye kata lecture yang mengajar hehehe...InsyaAllah lah...base on presentation boleh kot hehehe..Emm minggu nie 4 paper semuanya subject membaca, habis pecah kepala memikirkan apa nak di jawab nanti. Next week 4 paper lagi fuh letih yang nie lagi tough la...takpe dah usha apa nak takut betul tak. Semalaman tak dapat nak lelap mata asyik terfikir kan hal nie la...emm dah tua-tua nie pun nak ambil exam lagi tulah mengatal nak study dah elok keje behenti hehehe....(mengata diri sendiri). At the end berjaya juga..ambil nie sebagai cabaran la...fuh cuba bagi semangat kat diri sendiri...dalam nada tegas. My frenz semua sekarang nie dok study kita nie mengadap pc lagi...hehe confius la, so apa lagi dik oii, tutup pc baring atas katil tidur awal..esok paper jam 9.00 am wish me luck. Always make my family proud with me. InsyaAllah.

Friday, May 13, 2005

Final Exam

Em diam tak diam dah nak habis semester 4 pun, 2 minggu lagi dah final exam harap-harap semuanya berjalan dengan lancar, insyaAllah. Dalam kesebukan nak prepare untuk final macam-macam hal timbul, masalah penempatan di asrama, semua berlumba nak cari rumah sewa. Lepas tu ura-ura nak naikan kadarsewa asrama RM 120. Macam-macam perkara yang timbul, begitulah lumrah nya bila kembali menjadi student. Teringat pulak rakan-rakan sekerja waktu nak cari rumah sewa, habis satu JB pusing nak cari rumah, akhir nya dapat kat Taman U....letih la juga proses tawar menawar. Nasib baik tuan rumah jenis tak berkira sangat. Berbalik pada final exam yang makin hampir nie, emm semester nie boleh tahan juga mencabar...dugaan orang kata, tapi takpelah doa-doa dapat grade yang bagus kali nie. Usaha + Doa + Tawakal = tunggu hasil nya InsyaAllah.

Monday, April 25, 2005

Belaian Ibu

HIJJAZ ~ DAMAI Belaian Ibu Tertanam naluri keibuan amat mendalam Di jiwa insan yg mendambakan kebahagiaan Oh ibu di bahumu tergalas beban Perjalananmu penuh rintangan Kau titipkjan kasih sayang sejujur pengorbanan tak ku nafikan Di saat kita berjauhan Rasa ingin ku berlari Mendakapimu penuh girang Bak si kecil kehilngan Kau insan penyayang betapa ku merindu lembutnya belaian ibu membuatku terlena ku pastikan dikau aman dikurnia sejahtera tak ku lupakan Di wajahmu berolak tenang Debar di dada kau rahsiakan kupastikan dikau aman Dikurnia sejahtera tak ku lupakan Di saat kita berjauhan Rasa ingin ku berlari Mendakapimu penuh girang Bak si kecil kehilangan Tiada aku tanpa ibu hanya kau satu di dunia bertakhta dikau di jiwaku kaulah ibu yang tercinta kau insan pengasih betapa ku mengharap hadirnya restumu ibu membawaku ke syurga Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu oh ibu....

Berdoalah...

Berdoalah untuk meletakan kepasrahan kamu terhadap Allah SWT dalam menjalani liku-liku hidup yang sentiasa tidak sama antara seorang manusia dengan manusia yang lain. Usaha yang tidak disertai doa menunjukan keangkuhan terhadap Perancang dan Pencipta Kepada Segala-galanya ini serta tidik memiliki sifat tawakkal yang amat dituntut itu. Berdoalah dengan suara yang lembut dan merintih. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud; "Hai manusia kasihanilah diri kamu kerana sesungguhnya kamu tidak berdoa kepada Tuhan yang tuli dan tidak pula yang ghaib. Sesungguhnya kamu berdoa kapada Tuhan yang Maha Mendengar, Maha Dekat dan Dia ada berserta kamu" - Riwayat Muslim