Tuesday, September 27, 2005

Emmm pening?????

Salam Ukhwah... Mahabbah Fillah Emm tak tahu la 2, 3 minggu nie pening memanjang, macam hal dah jadi hehehe, alahai mana nak cari tempat praktikal lagi assignment nye lagi, test lagi...lepas satu, satu lagi datang hahaha kehidupan namanya, kalau tak takde hidup la jawabnya. Minggu nie ada election kat sini, tula suasana tak best je. Malas nak fikirkan, pejam celik nak final exam dah. Hai bedebar je rasa di hati nie....next week dah masuk Ramadhan mudah-mudahan berkat bulan rahmat nie segala urusan di permudahkan Biasa la dugaan bulan Ramadhan kebiasaanya hebat-hebat.Harap sabar jelah, InsyaAllah. Minggu nie test lagi, nak siapkan assignmet dulu bagi habis settle semuanya dah tinggal untuk final exam je, setakat nie alhamdulliah la semua test berjalan lancar walaupun ada juga yang rongak...hahaha. Emm oklah, buat susah-susah je pening kepala nie, so try la target untuk sem nie,bila lagi kan. Next year dah ke "LI". Wasalam

Tuesday, September 13, 2005

Beberapa Kesilapan Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-anak (Part 2)

Salam Ukhwah... Mahabbah Fillah Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak. 1. Kurang berdoa Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah * Saidul (penghulu) Istighfar * Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9) * Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 :38) * Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 :40-41) Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah * Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 : 128) * Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan,25 : 74) * Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya. 2. Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti : menakutkan anak-anak dengan sekolah menakutkan dengan tempat gelap menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur 3. Tidak tegas dalam mendidik anak-anak tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka. 4. Menegur anak secara negatif mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). membandingkan anak-anak dengan anak-anaklain atau anak orang lain. 5. Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani 6. Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’ : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi." ( Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim ) 7. Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak. 8. Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh. 9. Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah,beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi. 10.Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah. 11.Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam. 12. Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya. 13. Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar. 14. Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting ke rana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak. 15. Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam. Wallahu a’lam.

Tuesday, September 06, 2005

Beberapa Kesilapan Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-anak (Part 1)

Salam Ukhwah... Mahabbah Fillah Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hambaNYA. Firman ALLAH s.w.t. : " Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar." ( Al-Quran Surah At-Taghabun, 64 : 15 ) Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia." ( Maksud Al-Hadith ) Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak. Bersambung...

Sunday, September 04, 2005

Rehlah at PD...

Salam Ukhwah... Mahabbah Fillah Alhamdulilah program kali ini berjalan dengan lancar tujuan rehlah tersebut adalah untuk meraikan para urusetia dan fasilitator atas kejayaan mengendalikan Minggu Induksi Julai 05. Segala lelah dan usaha yang telah diberikan kami hargai bersama. Perjalanan bermula pada tepat jam 7.30 pagi bertolak dari Cafeteria dengan menaiki bas, seramai 45 orang urusetia dan fasilitator yang turut serta ke port dickson. Destinasi kami adalah pantai Teluk Kemang. Perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih, dari Tabuh Naning Alor Gajah. Semasa dalam perjalanan cukup meriah dengan gelak tawa teman-teman. Sampai ke tempat tujuan jam 8.45, mula survey tempat untuk bersantai. Selesai cari tapak, bermula sesi bebas sebelum di teruskan dengan aktiviti yg di rancang di awal lagi. Keseronokan jelas terpancar di setiap wajah mereka yg hadir hehehe suka saya melihat nya, begitulah suasana santai di sana penuh dengan keriangan Kepuasan terasa bila melihat mereka seronok dan terhibur dgn telatah masing masing.. Alhamdulilah

Saturday, September 03, 2005

Sekian lama....

Salam Ukhwah... Mahabbah Fillah Alhamdulilah, Setelah sekian lama menunggu barulah dapat slip penuh result exam yang lepas, emm alhamdulilah ada peningkatan yang baik. Lama juga nak dapat result nie dah 2 bulan masuk sem baru, barulah dapat. Biasalah alasan masalah teknikal. Semester lepas pun situasi yang sama berlaku. Kesabaran itu paling penting, sabar je lah yang dapat. Walau apa pun semester nie perlu buat yang lebih baik, emm yelah sem nie subject pun boleh tahan la juga payah kalau tak betul-betul saja je lah menempah bahaya. Rejab dah sampai ke penghujung, masuklah bulan Syaaban terus ke Ramadhan, bulan yang paling di tunggu sekelian umat islam khususnya di Malaysia. Harapan Ramadhan kali nie lebih baik dari tahun tahun yang sudah InsyaAllah.

Thursday, September 01, 2005

Mati itu pasti..

Salam Ukhwah... Mahabbah Fillah Emm hari nie agak mengejutkan juga bagi saya, salah seorang sahabat saya telah pun meningal dunia akibat kemalangan jalan raya, walaupun dia berlainan bangsa dan agama, terasa juga kehilangan beliau. Bila fikirkan kembali betapa bersediakah kita nie dalam menghadapi mati yang pasti... "Katakanlah bahawasanya maut yang kamu sekalian ingin lari darinya itu pasti akan menemui kamu, kemudian kamu sekalian akan dikembalikan kepada Zat yang Maha Mengetahui segala yang ghaib serta yang nyata, kelak Dia akan memberitahu kamu segala yang apa telah kamu lakukan." ( Al-Jumua’ah : 8 )