Thursday, April 20, 2006

Di Ambang Pertemuan

Salam Ukhwah... Mahabbah Fillah

Di Ambang Pertemuan

Sebaik-baik pergaulan di kalangan umat Islam ialah bertemu saudaranya, dia menunjukkan tingkahlaku dengan perwatakan yang baik, manis muka serta menerima dengan penuh rasa gembira yang tidak terhingga.

Reaksi seperti ini amat disukai oleh Allah dan Rasul-Nya, dan besar ertinya di sisi syariat Islam serta mendapat ganjaran pahala yang banyak.

Rasulullah s.a.w melarang umatnya menghina atau memandang rendah dan memperkecilkan orang lain ketika bertemu, dengan sabdanya:

“Jangan sekali-kali kamu menghinakan sesuatu yang baik dan kalaulah kamu bertemu saudaramu hendaklah dengan muka yang manis” (Riwayat Muslim)

Pengajaran di sebalik hadis di atas ialah Rasululah s.a.w menyuruh umatnya mengukir senyuman ketika bertemu dengan kawan atau sahabat dan juga sesame saudara dalam Islam kerana dengan senyuman dapat mengeratkan tali persaudaraan. Mulakan sesuatu perkerjaan itu dengan senyuman, kerana senyuman menceriakan suasana dan mententeramkan. Wasalam

Sumber : Dr. Rokiah Ahmad (Ba. Syariah, M.A Fiqh Al-Azhar, Ph.D Al-Azhar)

0 comments: