Monday, April 24, 2006

~Hatiku~

Assalamualaikum wbt.

Syukur alhamdulillah hari nie masih lagi di beri kekuatan dan nikmat kesihatan untuk meneruskan sisa sisa hidup dalam mencari keredhaan Illahi. Sepanjang tahun 2006 sehingga hari nie berbagia-bagai dugaan rintang dan pengajaran aku alami dan tempuhi, kesilapan demi kesilapan aku lakukan dalam hidup ini mungkin itulah balasan atas dosa-dosa yang pernah aku lalukan. Lumrah kehidupan manusia kita tidak boleh lari dari melakukan kesilapan. Kadang-kadang kita perlu meyorokan perasaan sedih tu bilamana berhadapan dengan orang lain, berpura-pura mengambarkan perasaan gembira. Begitukah yang seharusnya?

Hidup dan mati ku kerana Allah. Takut dan penyesalan terhadap dosa-dosa ku yang lalu, setiap masa setiap detik selepas meyambah padamu aku sentisa takut terhadap dosa-dosa ku yang pernah ku lakukan sepanjang hidup ku 25 tahun ini ku pohon keampunan ku agar dosa-dosa ku diampunkan. Ya Allah kau berikanlah keampunan mu pada hamba mu yang lemah ini. Aku bersyukur de beri kesempatan untuk menginsafi atas kelemahan diri ku ini. Masa yang berlalu tidak dapat aku putarkan kembali untuk memperbetulkan kesilapan yang lalui, tetapi dengan nikmat kesedaran yang kau berikan memberi aku sedikit ruang di antara masa yang ada ini untuk aku memperbaiki diri ini, dalam mengaharungi hidup di dunia yang penuh pancaroba ini.

Apa yang aku perlukan adalah kekuatan hati. Hati merupakan asa yang penting dan tersembunyi dalam diri setiap insan. Ia memainkan peranan yang sangat bermakna dalam kehidupan seharian. Rasulullah s.a.w menyatakan soala hati seperti berikut

Adakah tidak kamu tahu di dalam badan manusia terdapat segumpal darah. Apabila baik maka baiklah keseluruhan segala perbuatanya dan apabila buruk maka buruklah keseluruhan tingkah lakunya. Adakah tidak kamu tahu ia itulah hati. (Riwayat Bukhari)

Berdasarkan hadis di atas bahawa kebaikan manusia atau keburukannya datang dari hati, kerana hati adalah pengarah bagi pancaindera yang lahir. Jika hatinya baik maka baiklah segala perbuatannya serta rasa senang setiap taulan mendekatinya dalam pergaulan.

Andai hatinya buruk dan busuk, maka segala perbuatanya akan jahat dan keji, sentiasa cenderung kea rah maksiat mengikut kehendak hati dan hawa nafsu, dan pemikiranya ketika itu pula akan kalah dan sentiasa di ketepikan. Oleh itu, hati adalah raja bagi seluruh anggota, manakala anggota-anggotanya yang lain adalah tentera. Anggota-anggota ini sering melakukan sesuatu mengikut kehendak hati.

Allah SWT sentiasa mengingatkan kepada hambanya melalui firman-Nya dalam al-Quran, surah al-syura, ayat 88-89 :

88. "Hari Yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun, 89. "Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang Yang datang mengadap Allah Dengan hati Yang Selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik);

Ya Allah kau berilah aku kekuatan hati ini, kau tetapkan pendirian aku ini. Kau perelokkan lah isi hati ku ini dengan lebih mengenali mu Ya Allah, memahami segala ilmu Agama mu Ya Allah dengan hikmah keagaungan ilmu itu sendiri. Ampunkanlah dosa-dosa ku yang lalu yang Ya Allah. Atas kesempatan masa yang sedikit ini aku bersyukur atas nikmat mu itu Ya Allah, sesungguhnya kaulah yang selalu memperkenankan pinta hamba mu ini. Amin

Wasalam.

0 comments: